PORT LOUIS (Mauritius), 18 Mac - Profesor Madya Dr. Paramasivam
Muthusamy, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima
Anugerah Khas Sijil Pengiktirafan Mauritius daripada Perdana Menteri Mauritius,
Pravind Kumar Jugnauth dalam satu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-80 Mauritius
Tamil League malam tadi.
Majlis turut dihadiri seramai 800
orang termasuk Timbalan Presiden Mauritius,
menteri-menteri, dif-dif kehormat, ahli pertubuhan badan-badan NGO
Mauritius, para pensyarah, penderma dan orang ramai.
Pengiktirafan diberi kepada Dr.
Param kerana sumbangannya di Mauritius selama 21 tahun di mana beliau telah
berusaha mengembangkan ilmu kesarjanaan (Language and Culture) di Mauritius
melalui pelbagai aktiviti seperti Penyelidikan dan Penerbitan, Seminar &
Persidangan, Students Cultural Exchange Program, Foster Family Program,
Malaysian Food Festival dan Entrepreneur tour.
Antara impak terbesar Dr. Param
ialah buku beliau yang merupakan penerbitan UPM telah menjadi buku rujukan di
universiti-universiti dan sekolah-sekolah di mauritius .
Dr. Param berkata beliau telah
mengunjungi Mauritius sebanyak 50 kali, kali pertama pulau semasa beliau
menjadi pelajar program Ijazah Bacelor UPM iaitu pada 1996.
"Perhubungan
Malaysia-Mauritius diteruskan lagi semasa saya mula bertugas pensyarah di
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
"Perhubungan dua hala
Malaysia-Mauritius masih berterusan bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan
Pelajar melalui pelbagai aktiviti pelajar," katanya.
Terdahulu sebelum majlis, Dr.
Param membuat kunjungan hormat bertemu Presiden Mauritius, Prof. Dr. Ameenah
Gurib-Fakim.