Oleh Azman Zakaria
Foto oleh Marina Ismail
KUALA
LUMPUR, 9 Mac -??Dengan mengetengahkan idea kreatif,
kumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti
Putra Malaysia?? (UPM), melahirkan reka bentuk
perabot yang unik dengan menjadikan kueh mueh sebagai motif rekabentuk itu.
Kerusi, meja sisi dan lampu adalah antara
perabot yang direkabentuk berpandukan motif kueh, antaranya karipap, kek lapis,
kueh nona, bahulu, kueh peneram dan roti jala.
Dengan berkonsepkan ?€?KUEH?€? (Contemporary,
Urban, Enculturation, Homestyle), perabot-perabot itu dipamerkan di Export
Furniture Exhibition (EFE) dari 8?? hingga
11 Mac lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang turut disertai 300
syarikat yang mempamerkan produk masing-masing.
Pensyarah dan penyelidik dari Jabatan
Rekabentuk Perindustrian, FRSB, Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman
berkata kueh menjadi motif rekabentuk kerana ia boleh menjadi ikon atau
identiti Melayu dan Malaysia.
?€?Kita kaya dengan budaya dan kita mempunyai
pelbagai jenis kueh mueh, ia boleh diketengahkan melalui rekabentuk perabot
bagi membezakan identiti perabot kita dengan perabot masyarakat atau negara
lain,?€? katanya dalam temubual.
Katanya, apabila konsep kueh itu diterjemahkan ke
dalam bentuk perabot, ia akan menjadi ikon yang menyeronokan kerana ia sesuatu
yang menarik dan dapat mengimbas kembali pengalaman yang dilalui seseorang.
?€?Secara tidak langsung, produk ini boleh memperkenalkan budaya dan menaikkan nama Malaysia di luar negara,?€? katanya.
Beliau yang menghasilkan kerusi ?€?Karipap Ottoman?€?
berkata kusyen kerusi itu diperbuat daripada fabrik jenis velvet yang lembut
bagi mewujudkan keselesaan.????
Kerusi itu, menurutnya sesuai diletakkkan di
ruang istirahat atau lounge.??
Ketua, Jabatan Rekbabentuk Perindustrian, FRSB, Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari pula
merekabentuk kerusi ?€?Nona Manis?€? mengambil motif kueh Nona.
Ia diperbuat daripada kayu Nyatuh dan ?€?felt
wool blend?€?. Bahagian tengah kerusi itu boleh dibuka yang akan menjadikannya
sebagai satu meja dan satu bangku.
Pelajar FRSB, Nursyazana Osman pula
menghasilkan meja sisi ?€?Lapees?€? yang mempunyai laci mengambil konsep Kek Lapis
yang terkenal di Sarawak. Ia diperbuat daripada papan lapis, kayu getah dan
zebra veneer.
?€?Saya mengambil konsep Kek Lapis, dan
mengubahsuai konsep itu untuk menjadikan bentuk meja yang bulat,?€? katanya.
Pelajar
Pengajian Rekabentuk dan Perindustrian, Ezran Zainal, pula menghasilkan
?€?Rocking Chair?€? mengambil konsep jalur kueh Bahulu.
Kerusi itu yang diperbuat dariapda kayu getah dan diperindahkan dengan corak lukisan, dan adalah untuk kanak-kanak.
Pensyarah Jabatan Senibina FRSB, Ar. Mohd Azli
Mohamad Jamil pula menerapkan idea empat lubang yang terdapat pada kueh Peneram
dalam menghasilkan kerusi ?€?Peneram Azli?€? dengan elemen kueh itu diperlihatkan
pada tempat duduk dan tempat sandar kerusi.
?€?Kerusi ini selesa diduduk, tahan lasak dan
sesuai diletakkan di ruang rehat rumah atau di hospital. Ia boleh berfungsi
tanpa kusyen, manakala kusyennya juga boleh ditukar,?€? katanya.
Menurutnya, kerusi itu diperbuat daripada papan
lapis Nyatuh, manakala kusyennya daripada span densiti tinggi yang dilapik
dengan fabrik kapas ????????
Pensyarah kanan Jabatan Senibina Landskap FRSB,
Dr. Mohd Yazid Yunos dan pelajar Senibina Lanskap, Mohd Amirul Hussain pula bergabung
menghasilkan lampu gantung ?€?Jala Light?€? mengambil konsep kueh Roti Jala.
Wayar termasuk wayar aluminium?? dengan ketebalan yang berbeza dibentuk
seperti Roti Jala dan diletakkan di bahagian atas mentol lampu. Apabila lampu
dipasang, ia menghasilkan bayang-bayang bercorak jala dan suasana yang estetik.
?€?Ia membawa konsep terapeutik untuk berehat serta
memberi ketenangan melalui ??bayang-bayang
yang terhasil,?€? kata Dr. Mohd Yazid. ?€¡° UPM