Oleh: Noor Eszereen Juferi
TELUK INTAN - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi pasukan ?€?Putra Bakti: Outreach Physics?€? menganjurkan program ?€?Putra Outreach Physics Tour?€? Siri 8 yang disertai 112 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) baru-baru ini.
Program yang berasaskan pemindahan ilmu dan kepakaran
itu diketuai pensyarah kanan Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM, Dr. Yap Wing Fen
dan disertai 34 orang ahli Kelab Mahasiswa Fizik UPM yang berperanan sebagai
fasilitator program.
Dr. Yap berkata, kebanyakan para pelajar aliran sains
sekolah menengah mempunyai persepsi bahawa pembelajaran mata pelajaran fizik
amat sukar dan membosankan.
Katanya, objektif utama program adalah untuk
membuktikan sebaliknya serta menunjukkan bahawa para pelajar mampu menguasai
subjek fizik tanpa banyak penghafalan.
?€?Program bertemakan ?€?Transfer, Transverse, Transform (Memindah, Melintas dan Mengubah)?€?
ini menggunakan pendekatan yang memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan dan mengalami
sendiri konsep fizik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.
?€?Konsep dan aktiviti yang direncana adalah selaras
dengan silibus mata pelajaran fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kaedah
pemahaman yang lebih menghiburkan dan berkesan seperti nyanyian, aktiviti hands-on serta simulasi siasatan kes
pembunuhan turut digunakan menerusi program ini,?€? katanya.
Program selama tiga hari dua malam itu mampu menyemai
minat terhadap ilmu fizik selain memindahkan ilmu tambahan kepada pelajar untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Zainal Abidin Talib
berkata aktiviti yang dirancang oleh pasukan Putra Bakti: Outreach Physics
adalah berdasarkan pemikiran aras tinggi.
?€?Program
ini dapat memberi dorongan dan memupuk budaya kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
agar prihatin dan mengambil berat dengan persekitaran. Pihak universiti amat
menyokong dan menggalakkan mahasiswa menganjurkan aktiviti kesukarelawanan
seumpama ini yang dapat menyumbang khidmat dan bakti kepada masyarakat melalui
pemindahan dan transformasi ilmu,?€? katanya.
Presiden
Kelab Mahasiswa Fizik, Fida?€?i Rahmat berkata beliau teruja kerana diberi peluang untuk terlibat sebagai
fasilitator serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada pelajar.
?€?Saya
juga dapat membantu pelajar untuk memahami konsep fizik dengan betul dan
seterusnya memupuk minat terhadap mata pelajaran ini. Saya berasa amat puas dan
seronok kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,?€? katanya.
Peserta, Nur Amin, 17, berkata kaedah pembelajaran hands-on dan pendekatan fasilitator yang
mesra berjaya mengubah persepsinya terhadap subjek fizik yang selama ini
dianggap sukar
?€?Program seperti ini membuktikan bahawa fizik adalah
kehidupan, bukan terhenti di dalam bilik darjah. Saya kini mampu mengaitkan
banyak fenomena alam yang saya perhatikan setiap hari dengan fizik,?€? katanya.
Rakannya,
Hafizul Hilmi, 17, berkata program itu sangat menarik kerana dapat meningkatkan
aras pemikiran dan minat terhadap mata pelajaran fizik sekaligus menanam
semangat belajar mereka.
?€?Slot
siasatan kes pembunuhan sangat menarik, membolehkan pelajar berfikir di luar
kotak dan seterusnya memberi kesedaran bahawa fizik amat penting dalam kehidupan harian,?€?
katanya. ?€¡° UPM