
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris
merakamkan ucapan tahniah kepada semua staf dan pelajar yang telah menyokong
kejayaan entiti-entiti UPM yang terlibat dalam meningkatkan prestasi institusi
pada peringkat dunia.
“Kenaikan jumlah subjek kepada 23, mengekalkan subjek
Pertanian dan Perhutanan dalam 100 terbaik dunia buat lima tahun berturut-turut
dan menambah dua subjek lagi dalam 100 terbaik dunia adalah sesuatu prestasi
yang membanggakan untuk UPM kerana persaingan dan prestasi agak
memberangsangkan dari institusi serantau.
“Pengukuhan kerjasama strategik dengan industri, kerajaan
dan alumni termasuk institusi antarabangsa dalam meningkatkan kecemerlangan inisiatif
pengantarabangsaan dan sekali gus meningkatkan sumbangan untuk agenda Malaysia
dan menerjah persaingan global,” katanya.
Maklumat lanjut keputusan QS World University Ranking 2017 boleh didapati melalui https://www.topuniversities.com/subject-rankings/2017