?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Tiga Perantau Satu Destinasi Menjejak Impian di UPM

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad, Wartawan Pelatih Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM
Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

SERDANG, 10 Julai – Demi segenggam ilmu dan sebuah impian, tiga anak muda dari Sabah, Sarawak dan Kelantan merantau ratusan kilometer, meninggalkan keluarga serta zon selesa, demi memulakan langkah pertama di Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra).

 

Nashwan Noor Hasrol, Pelajar ASPutra, berkata beliau meminati sukan renang, namun memilih untuk memberi keutamaan kepada pendidikan demi masa depannya.

 

 

Bekas atlet SUKMA 2024 dalam acara renang gaya dada 50 dan 100 meter ini aktif dalam sukan sejak kecil, namun bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar kulit.

 

“Saya sedar masa depan yang seimbang memerlukan ilmu sebagai tunjang. Pergorbanan untuk berhijrah berjauhan daripada keluarga di Kota Bharu bukan mudah tetapi saya percaya dengan pendidikan, saya dapat mencapai cita-cita ini,” luahnya dengan penuh tekad.

 

Beliau memilih Program Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana ingin mendalami bidang pertanian yang jarang diceburi golongan muda.

 

“Pada mulanya saya sangka pertanian hanya berkebun, tetapi selepas membuat semakan, saya dapati bidang ini sangat luas dan dekat dengan alam semula jadi,” katanya yang memperoleh 9A dalam SPM dan berhasrat untuk terus aktif dalam sukan sepanjang pengajian.

 

Sementara itu, Muhammad Rafiq Zakwan Salimin membawa semangat perantau dari Keningau, Sabah ke UPM dengan tekad mengejar impian bergelar doktor veterinar.

 

 

“Saya sangat berharap untuk menyambung pengajian Bacelor Perubatan Veterinar di Fakulti Perubatan Veterinar UPM selepas tamat asasi. Demi cita-cita ini, saya sanggup berjauhan daripada keluarga tercinta,” katanya.

 

Bagi Alya Muzfirah Ishaq, beliau percaya UPM adalah laluan terbaik untuk merealisasikan cita-citanya.

 

 

“Saya tinggalkan Sarawak dan merantau ke negeri orang demi mengubah kehidupan keluarga dan menjadi contoh kepada adik-adik,” katanya yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

 

Untuk sesi akademik 2025/2026, ASPutra UPM telah menerima seramai 937 pelajar baharu yang mendaftar untuk meneruskan pengajian mereka di ASPutra.

 

Dengan fokus unik dalam bidang pertanian, ASPutra bukan sekadar membuka pintu kepada pendidikan tinggi, malah menjadi pemangkin lahirnya generasi muda yang bersedia menerajui transformasi sektor pertanian negara secara lestari dan berdaya saing.

WYHLNAj~