?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM perkukuh sokongan komuniti melalui Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2025

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 9 November - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menghadiri Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2025 anjuran bersama Kanser Network Support Association (KanWork), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Alumni UPM, hari ini.

 

Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat dan melancarkan Buku KanWork.

 

Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan berkata, komitmen UPM untuk memperkukuh jalinan dengan komuniti melalui pelbagai inisiatif kesihatan dan kebajikan mencerminkan aspirasi universiti sebagai institusi lestari yang prihatin terhadap masyarakat.

 

“UPM percaya perjuangan melawan kanser bukan hanya bergantung kepada rawatan perubatan tetapi juga kepada jaringan sokongan emosi, psikologi dan komuniti,” katanya.

 

Dalam pada itu, program amal tahunan ini menghimpunkan 600 tetamu termasuk pesakit, alumni, ahli akademik serta wakil badan bukan kerajaan (NGO), dengan objektif mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser yang memerlukan rawatan serta sokongan moral berterusan.

WYLVNAd~