???? | Universiti Putra Malaysia_OBÌåÓý

Usahawan tapai ubi kayu Terima Anugerah Keusahawanan Shell Tiram Wawasan

Oleh: Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 5 Disember - Usahawan tapai ubi kayu Muhammad Ikram Marozan, 25, menerima Anugerah Keusahawanan Shell Tiram Wawasan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-48 baru-baru ini.

 

Graduan Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian, Fakulti Pertanian UPM berkongsi ketika pandemik COVID-19 hasil ubi kayu terlalu banyak.

 

Lambakan ubi kayu di pasaran pada waktu itu sangat banyak menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk diproses menjadi tapai.

 

“Risau ubi menjadi busuk kerana hasil terlalu banyak, ibu mencadangkan agar ubi kayu tersebut diproses menjadi tapai ubi yang manis, lembut, dan berkualiti. Dari situlah lahirnya Projek Tapai Maromaro,” katanya.

 

 

“Kini Projek Tapai Maromaro merupakan projek teras keusahawanan yang menghasilkan dan menjual produk tapai ubi selain mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan ibu tunggal, pesara dan lain-lain,

 

Beliau kini membuka sebuah Kilang Bimbingan dan Kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) MaroMaro Agro Biz yang menjual dua jenis tapai ubi iaitu Tapai Ubi Wak Maro dan Tapai pulut Wak Maro.

 

Anak kelahiran Johor ini sangat berterima kasih kepada UPM yang memberikan anugerah itu di hari yang paling bermakna setelah menamatkan pengajiannya.

SYBHIAS~