?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

MIDI Showcase 2025 Tonjol Inovasi Reka Bentuk Berteraskan Budaya dan Komuniti

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim


SERDANG, 15 Oktober – Seramai 16 pelajar pascasiswazah program Master in Industrial Design and Innovation (MIDI), Fakulti Reka Bentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), menampilkan hasil rekaan berteraskan budaya dan komuniti menerusi International MIDI Showcase 2025 yang bertemakan “Innovating Culture, Empowering Lives” di sini, semalam.


Program tahunan anjuran Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRP) itu menonjolkan projek tahun akhir pelajar yang menggabungkan elemen budaya, kemanusiaan dan kelestarian dalam penyelesaian reka bentuk inovatif.


Ketua Program MIDI, Nur Athirah Yunus, berkata pameran tersebut menjadi kemuncak kepada perjalanan akademik pelajar yang telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan intensif dalam bidang reka bentuk berinovasi.


“Pameran ini bukan sekadar ruang untuk mempersembahkan hasil karya, tetapi juga platform profesional bagi pelajar berinteraksi dengan industri, mendapatkan maklum balas membina dan memperkukuh kebolehpasaran mereka,” katanya.


Menurut beliau, pendekatan berasaskan penyelidikan yang diketengahkan memberi nilai tambah kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja mencipta produk, malah membina naratif reka bentuk yang berpaksikan pemahaman budaya dan komuniti.


Pameran itu menampilkan karya 16 pelajar MIDI yang terdiri daripada tiga pelajar tempatan, 12 pelajar dari China dan seorang pelajar dari Yaman, meliputi tiga kluster utama reka bentuk iaitu reka bentuk produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk interaksi.


Antara projek yang dipersembahkan termasuk reka bentuk yang menambah baik interaksi manusia dan teknologi, perabot berasaskan bahan lestari serta produk yang diinspirasikan daripada nilai budaya setempat.


Nur Athirah berkata, inisiatif seumpama itu membuktikan komitmen UPM dalam melahirkan pereka yang seimbang dari segi inovasi, literasi teknologi dan sensitiviti budaya, selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasa pembangunan mampan dan kesejahteraan komuniti global.


“Kami percaya reka bentuk bukan sekadar mencipta produk baharu, tetapi juga alat untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif, menghargai warisan dan memacu kemajuan yang bertanggungjawab,” tambahnya.


International MIDI Showcase 2025 sekali lagi memperkukuh peranan FRSB UPM sebagai hab reka bentuk berimpak tinggi di rantau ini, menggabungkan elemen akademik, penyelidikan dan inovasi dalam memartabatkan seni reka bentuk yang memberi makna kepada kehidupan manusia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WYKQRA~