?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Putra MEGCO 2025: Kukuh Sahsiah, Serlah Potensi Mahasiswa UPM

 

SERDANG, 17 Jun - Seramai 40 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Karnival Putra Mega Kokurikulum (Putra MEGCO) 2025, program tahunan yang menampilkan pelbagai aktiviti kokurikulum secara aktif, menyeluruh dan inklusif, baru- baru ini.

 

Karnival ini merupakan inisiatif pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit semester dua sesi 2024/2025 di bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), dengan kerjasama lebih 3,000 pelajar UPM serta beberapa agensi luar seperti BRDB Rotary Children's Residence, Megaklinik Zahran, SMK Sri Sepang dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

 

Antara program yang dijalankan termasuk Charity Run, klinik dan perlawanan sukan, pertandingan e-sukan, persembahan kebudayaan serta karnival jualan.

 

Menurut Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, karnival ini bukan sahaja mencungkil potensi pelajar, malah melatih mereka menjadi individu seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

 

 

“Putra MEGCO ini memperlihatkan usaha kolektif pelajar dalam menjayakan program yang bukan sahaja bermanfaat kepada mereka, malah memberi manfaat kepada komuniti luar,” katanya.

 

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan kokurikulum sebegini selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan holistik.

 

“Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti ini mampu melahirkan graduan seimbang, berkepimpinan dan bertanggungjawab kepada masyarakat,” ujarnya.

 

Sementara itu, Pengarah Program, Nur Raisah Qistina berkata Putra MEGCO memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran insaniah melalui pelbagai pengisian seperti sukan, seni dan aktiviti sosial.

 

 

“Karnival itu bukan sahaja dapat meningkatkan penyertaan aktif, membina kemahiran sosial, kepimpinan dan kerja berpasukan, malah memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni, muzik dan kebudayaan,” jelasnya.

 

PUTRA MEGCO 2025 akan diteruskan pada 21 dan 22 Jun ini di sekitar kampus UPM dengan pelbagai lagi aktiviti menarik, sebagai manifestasi komitmen universiti dalam melahirkan mahasiswa holistik dan berdaya saing.

WYGSVAi~