???? | Universiti Putra Malaysia_OBÌåÓý

UPM, QingDao QingChunXueZi Education Technology Co. Ltd meterai perjanjian bantu Pelajar Antarabangsa

 

SERDANG, 7 Januari- Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama dengan QingDao QingChunXueZi Education Technology Co. Ltd tingkat persediaan pelajar lanjut pengajian di Malaysia baru-baru ini.

 

Jalinan kerjasama itu melalui meterai perjanjian melibatkan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dan  Sekolah Pernigaan dan Ekonomi (SPE) UPM bagi menyediakan pelajar antarabangsa dari China untuk menyesuaikan diri lebih awal dengan persekitaran pembelajaran di Malaysia sekaligus memperluaskan pengaruh dan kerjasama universiti di peringkat global.

 

Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim berkata kerjasama ini penting bagi mengatasi masalah canggung budaya yang dialami oleh mereka dengan membuka peluang kepada pelajar untuk memahami serta menerokai persekitaran termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran di UPM,

 

“Pelajar antarabangsa yang mengikuti program ini akan dapat menyesuaikan diri dengan budaya pembelajaran di Malaysia, sekaligus memudahkan peralihan mereka ke alam pendidikan tinggi dalam  meningkatkan kemahiran bahasa dan penyesuaian budaya,

 

“Program ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa dan memahami budaya di Malaysia dengan adanya bimbingan akan mampu membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah peribadi,” katanya.

 

Dalam pada itu, kerjasama ini selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk melahirkan graduan  berdaya tahan bagi mendepani cabaran mendatang serta sebagai universiti yang terkemuka menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.

SYBJEA~