?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Anjur PKPK 2025 Perkasa Komuniti Pertanian

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin




SERDANG, 17 Oktober
- Dengan matlamat membawa inovasi ke akar umbi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025 bertemakan “Inovasi Pertanian Pemangkin Komuniti Hijau” bagi memperkasakan komuniti pertanian dan menyemarakkan semangat keterjaminan makanan dalam kalangan masyarakat tani seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Dato’ Sri Norazman Ayob, berkata kerjasama erat antara UPM dan komuniti menjadi pemangkin utama dalam membina daya tahan ekonomi masyarakat luar bandar.


“Pemindahan ilmu yang komprehensif dan inklusif oleh pakar UPM dan swasta telah banyak membantu komuniti, khususnya golongan B40 menjana pendapatan sampingan melalui aktiviti pertanian. Ia adalah bukti bahawa ilmu dan inovasi universiti boleh mengubah kehidupan rakyat.


“Saya menyarankan agar UPM terus memperluas peranan sebagai pusat ilmu yang mendekati masyarakat melalui jaringan universiti, agensi, dan komuniti bagi memperkukuh latihan dan kemahiran pertanian di peringkat akar umbi.


“Sumbangan kepakaran universiti perlu diteruskan agar sinergi ini dapat membantu meningkatkan keterjaminan makanan negara. Usaha ini bukan sahaja memperkukuh sektor pertanian, malah membentuk komuniti hijau yang berdaya saing dan lestari,” ujarnya.





Penganjuran PKPK 2025 dianjurkan pada 18 hingga 19 Oktober di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) bertujuan mengetengahkan kejayaan komuniti pertanian tempatan selain memperluas jaringan penglibatan antara pusat tanggungjawab UPM, agensi kerajaan dan industri.


Sementara itu Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata persidangan ini mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasa pengembangan ilmu pertanian melalui pelbagai platform dan teknologi baharu yang berimpak kepada masyarakat.


“Persidangan ini adalah langkah proaktif UPM bagi memperkukuh pendekatan pengembangan kepakaran secara terus kepada golongan sasar melalui agensi pembangunan setempat.


“Usaha ini mendokong Matlamat 3 UPM iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat,” katanya.

WYLLUAX~