?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Terus Unggul dalam Penyelidikan, Enam Pegawai Akademik Diiktiraf di Peringkat Nasional

 

 

 

 

 

 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim



KUALA LUMPUR, 13 November - Enam orang pakar penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima Anugerah Top Research Scientists Malaysia 2024/2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang mereka dalam bidang penyelidikan dan inovasi negara.



Majlis berprestij anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) itu bertujuan mengiktiraf saintis tempatan yang cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan dan pembangunan ilmu pengetahuan, sekali gus menyokong hala tuju negara ke arah ekonomi berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI).


Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Tuan Chang Lih Kang bagi menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2024/2025.



Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Abd. Rahim Abu Talib juga menerima anugerah dengan penyelidikannya yang berasaskan Kejuruteraan Aerokangsa.



“Kajian saya ialah mengenai penghasilan biofuel jet berasaskan ekstrak minyak kelapa sawit dan bahan sisa pertanian seperti sekam padi.



“Penyelidikan ini turut menyokong matlamat Sustainable Development Goals (SDG) dan inisiatif UPM Planetary Health, selain berpotensi memberi impak besar terhadap sektor penerbangan hijau pada masa hadapan,” katanya



Beliau juga menjelaskan pandangannya mengenai bagaimana sektor penerbangan boleh beralih kepada tenaga mampan tanpa menjejaskan kecekapan atau keselamatan operasi.



“Peralihan kepada tenaga mampan memerlukan keseimbangan antara inovasi teknologi, keselamatan, dan kebolehpercayaan sistem sedia ada.



“Dengan sokongan dasar kerajaan, kerjasama industri, dan penyelidikan berterusan, sektor penerbangan mampu mencapai operasi hijau tanpa menjejaskan kecekapan,” ujarnya.



Dalam pada itu, lima penyelidik UPM yang turut menerima anugerah ialah Prof. Dr. Awis Qurni Sazili (Fakulti Pertanian), Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin (Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad (Fakulti Kejuruteraan) dan Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof (Fakulti Kejuruteraan).

WYLQGA~