?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Program Putra Top Talent Cetus Momentum Baharu Kepimpinan Pentadbiran UPM

 

KUALA SELANGOR, 16 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh agenda pembangunan modal insan pentadbir melalui Program Putra Top Talent, sebuah inisiatif komprehensif tiga hari yang menghimpunkan Pegawai Tadbir Skim N bagi membina kompetensi masa depan, kepimpinan berimpak dan daya tahan profesional.

 

Program anjuran Pejabat Pendaftar UPM itu memberi tumpuan kepada pembentukan generasi pentadbir yang mampu memacu transformasi institusi selaras dengan True North UPM dan tuntutan ekosistem pengurusan pendidikan tinggi yang semakin kompleks serta berasaskan teknologi.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam amanat penutupnya menegaskan bahawa pentadbir muda merupakan “penggerak perubahan” yang menentukan kecekapan tadbir urus, kelestarian operasi dan reputasi universiti di peringkat global.

 

 

“Universiti memerlukan pentadbir yang berwibawa, celik digital, cekap berkomunikasi dan mampu membuat keputusan strategik dalam tekanan. Putra Top Talent dirangka untuk melahirkan kumpulan bakat baharu yang dapat membantu transformasi UPM dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya.

 

Program ini merangkumi enam komponen utama termasuk ketahanan peribadi, kepimpinan pasukan, pembangunan bakat masa depan, minda digital, kesedaran AI serta pemetaan kerjaya. Sesi dikendalikan oleh pakar kepimpinan dan akademia iaitu penceramah motivasi Dr. Saiful Amin Jalun, Pensyarah Kanan UPNM Dr. Noor Hamzani Farizan, Timbalan Pengarah IDeC, Dr. Mohd Hafeez Osman dan Timbalan Pengarah CEM, En. Ludinata Misnun.

 

 

Antara slot yang mencuri perhatian ialah Minda Digital dan Kesedaran AI yang memberi penekanan kepada kemahiran digital, literasi teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan secara beretika dalam pentadbiran moden. Sesi ini turut membimbing peserta memahami risiko keselamatan data dan keperluan adaptasi digital dalam persekitaran universiti.

 

Sesi Shaping Future Leaders pula memberi pendedahan kepada keupayaan membuat keputusan kritikal, pembinaan pengaruh (influence) dan kecekapan memimpin pasukan dalam ekosistem kerja yang dinamik.

 

Dr. Saiful Amin Jalun menekankan bahawa kepimpinan yang berkesan bermula daripada kemampuan membina hubungan kerja yang tulen dan berasaskan empati. Beliau menekankan bahawa hasil kepimpinan yang terbaik lahir apabila “hubungan yang terjalin dari hati membuahkan pertumbuhan dan pembelajaran”.

 

 

Program turut mengetengahkan sesi Bicara Pentadbir: Dari Pentadbir Muda ke Pemimpin Universiti, yang menampilkan dua pegawai kanan UPM berkongsi pengalaman sebenar dalam mengurus cabaran kerjaya, membina kepimpinan dan memikul amanah tadbir urus universiti dalam persekitaran kerja bertekanan tinggi.

 

Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor, berkata Putra Top Talent berfungsi sebagai platform strategik yang menyatukan visi, nilai dan kompetensi seorang pentadbir kelas pertama.

 

“Pentadbir muda perlu memahami bahawa mereka bukan hanya melaksanakan arahan, tetapi arkitek kepada keberkesanan sistem universiti. Profesionalisme, integriti dan literasi digital ialah asas yang mesti sentiasa diperkuat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi,” katanya.

 

Program Putra Top Talent dilihat mampu melahirkan barisan pentadbir muda yang bersedia memimpin dan memacu transformasi selaras aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh tadbir urus sektor pendidikan tinggi negara.

WYLRPA6~