?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Keterjaminan Makanan Perlukan Gabungan Ilmu, Teknologi dan Bakat Muda

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 11 Jun - Gabungan ilmu pengetahuan yang kukuh, teknologi canggih, serta tenaga bakat golongan muda yang berdaya saing merupakan teras utama dalam membina sistem makanan yang mampan.

 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh daya tahan negara terhadap krisis makanan serta membuka jalan ke arah kelestarian jangka panjang.

 

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata, sektor yang menjadi asas kepada keterjaminan makanan adalah agromakanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Cabaran utama dalam sektor ini adalah kurang minat di kalangan belia untuk menceburi bidang ini, dimana bidang ini memerlukan keupayaan fizikal tinggi tetapi pulangan yang rendah,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk ‘Keterjaminan Makanan : Peranan KPT dalam Kelestarian Bekalan Makanan Negara’ sempena Persidangan Keterjaminan dan Sekuriti Makanan 2025 (PKMK2025) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Menurut beliau, universiti perlu merangka strategi dalam menyokong dasar agromakanan serta memastikan kelestarian bekalan makanan negara dengan memberi penekanan kepada penyelidikan yang bersifat penyelesaian masalah.

 

“Golongan pakar dan para akademik di universiti memainkan peranan penting dalam menggunakan ilmu pengetahuan sedia ada bagi membantu pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat secara langsung.

 

“Selain itu, pembangunan sumber manusia turut diberi penekanan bagi memastikan ekosistem yang mantap dapat diwujudkan seiring dengan kemajuan penyelidikan akademik dan inovasi tekonologi,” katanya.

 

Beliau turut berkata bahawa sektor agromakanan bukan lagi dianggap sebagai sektor tradisional, sebaliknya merupakan industri strategik yang moden serta inovatif, dipacu oleh kemajuan teknologi dan bakat golongan muda.

 

“Para penyelidik di universiti perlu mengubah pandangan mereka daripada bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan kepada menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak lain seperti industri dan syarikat swasta bagi mendapatkan dana penyelidikan.

 

“Pihak universiti juga amat digalakkan untuk menaja pelajar siswazah yang menjalankan penyelidikan dalam bidang keterjaminan makanan, selain menyerap bakat golongan muda sebagai pelapis sumber manusia negara,” katanya.

 

WYGNCAn~