???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Pelajar UPM Diperkenal Peranan Koperasi Sebagai Pemacu Ekonomi Negara

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

SERDANG, 26 Mei - Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) diperkenal pengurusan koperasi sebenar, serta latihan berasaskan industri dalam program Graduan ke Koperasi menerusi Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM bersama rakan strategik Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bagi meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi negara.

 

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa mengenai potensi dan peluang yang ditawarkan serta memupuk minat mereka untuk terlibat secara aktif dalam memperkukuh kefahaman mereka terhadap peranan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara.


Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Ts. Dr. Rozzamri Ashari berkata, program ini membantu pelajar-pelajar dengan menyediakan nilai tambah pada mereka demi kerjaya masa hadapan.

 

 

“Kerjasama ini telah memperkasakan pembangunan sahsiah dan kebolehpasaran pelajar melalui pendedahan kepada pengurusan koperasi sebenar, serta latihan berasaskan industri yang relevan.

 


“Koperasi bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi juga pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi rakyat,” katanya yang ditemui dalam program Wacana Koperasi dan Majlis Penghargaaan Alumni Program Graduan ke Koperasi.

 

Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor berkata, IKMa memainkan peranan penting dalam menerajui pembangunan modal insan koperasi yang beretika dan berdaya saing.

 

 

“Saya percaya koperasi bukan sekadar entiti ekonomi sosial tetapi merupakan pelantar keusahawanan yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan komuniti,” ujarnya.

 

Timbalan Ketua Pengarah, Institut Koperasi Malaysia (Pembangunan Modal Insan), Mohd Zaib Mat Yunus, program ini menzahirkan usaha berterusan dalam memperkukuh pembangunan modal insan koperasi bagi menjayakan agenda keusahawanan nasional.

 

“Program ini juga memperkenalkan dunia koperasi kepada mahasiswa tahun akhir melalui pendekatan teori dan praktikal, termasuk pensijilan, latihan industri serta peluang kerjaya bersama koperasi.


“Fungsi institusi pendidikan tinggi adalah menyediakan pendidikan bersijil yang berstruktur dan diiktiraf, sekali gus melahirkan graduan yang berkemahiran serta bersedia menyumbang secara langsung kepada pembangunan koperasi dengan merangkumi modul-modul berkaitan pengurusan koperasi, keusahawanan sosial dan tadbir urus yang baik,” katanya.

WYFdDAm~