???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Pelajar UPM teroka realiti industri perladangan di FGV Sabah

 

SERDANG, 3 Jun – Empat pelajar Bacelor Sains Pengurusan Perladangan Dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi peluang mendalami dunia sebenar industri perladangan menerusi lawatan akademik selama lima hari ke FGV Plantations, Wilayah Sahabat, Sabah, baru-baru ini.

 

Lawatan yang diketuai oleh Pensyarah, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Daljit Singh Karam Singh melibatkan kunjungan ke beberapa ladang milik FGV bagi menjalankan kajian berkaitan tanah serta memahami operasi pengurusan ladang secara menyeluruh.

 

Dr. Daljit Singh berkata lawatan ini diharapkan akan memberi pengalaman secara hands on kepada pelajar serta dapat melihat kehendak serta merasai sendiri pengalaman industri secara langsung.

 

 

“Saya yakin pengalaman seperti ini mampu membuka mata pelajar terhadap cabaran dan peluang sebenar dalam dunia pekerjaan kelak serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan kehendak pasaran,” katanya.

 

Pelajar Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, UPM, Tamilarasan E Nagarajan berkata pengalaman melalui lawatan tersebut merupakan antara pembelajaran paling berharga sepanjang pengajiannya.

 

“Kami belajar terus daripada mereka yang berada di barisan hadapan industri dan bukan pelajari sekadar tentang tanah malah tentang kepimpinan, ketahanan diri dan keupayaan membuat keputusan di lapangan,” katanya.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif, FGV Plantations Wilayah Sahabat, Muril Raman Arumgam berkongsi pandangan strategik serta harapannya terhadap pelajar sebagai pelapis kepimpinan industri.

 

“Generasi muda memiliki potensi besar untuk memacu perubahan dalam industri perladangan. FGV komited untuk terus bekerjasama dengan institusi seperti UPM dalam membentuk pengurus ladang masa depan yang kompeten dan berdedikasi,” katanya.

 

Dalam pada itu, program itu sejajar dengan aspirasi Naib Canselor UPM seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik UPM 2021–2025, iaitu Matlamat 1, Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

WYGFPA~