?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Pertanian Berdaya Saing, Makanan Terjamin



Olehj: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar


Sektor pertanian negara perlu diberikan tumpuan yang lebih strategik dengan pelaksanaan dasar yang menyeluruh dan pemantauan berterusan bagi memastikan matlamat keterjaminan makanan tercapai secara mampan dan berkesan.

Penasihat Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya, Datuk Seri Dr. Mustafa Mohamed, menegaskan bahawa sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkepentingan menilai semula keberkesanan pelaksanaan projek-projek terdahulu.

“Penekanan tidak seharusnya hanya kepada laporan dan aktiviti yang dijalankan, tetapi perlu berpaksikan kepada hasil sebenar yang memberi impak langsung kepada bekalan makanan negara,” ujarnya ketika menyampaikan pembentangan di Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan (PKMK 2025) di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.


Beliau menekankan perlunya kerangka kerjasama berasaskan model Quadruple Helix melibatkan kerajaan, industri, institusi akademik dan komuniti sebagai asas kepada pengukuhan dasar keterjaminan makanan negara.

Katanya, kerajaan perlu merangka dasar serta bajet yang komprehensif, termasuk menyediakan insentif bagi pembangunan teknologi pertanian pintar serta mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian dan tanah terbiar.



Beliau menyeru sektor industri memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkenal inovasi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), teknologi agrikultur (Agritech), pengukuhan logistik rantaian makanan, serta kemudahan pembiayaan menerusi institusi kewangan seperti Agrobank dan saluran bukan perbankan.

“Kita juga perlu menetapkan sasaran menghasilkan sekurang-kurangnya 30 peratus bekalan bawang dari sumber tempatan menjelang 2030, yang menurutnya memerlukan kerjasama erat antara agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sektor swasta.

“Lebih 50 peratus petani di Malaysia kini berusia lanjut, manakala penglibatan belia masih rendah akibat kurang tarikan dari aspek pendapatan, akses kepada teknologi dan kekangan modal,” ujarnya.

Kegagalan untuk bertindak segera boleh menyebabkan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian dan mengancam keupayaan negara menjamin bekalan makanan sendiri.

“Negara perlu berani melakukan pembetulan apabila perlu, dan terus melaksanakan pemantauan yang rapi demi memastikan hasil yang nyata tercapai,” tegas beliau.


Sementara itu, PKMK2025 menghimpun seramai 686 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan industri bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian serta keterjaminan makanan negara.

WYGMDAl~