?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Petani Menua, Cabaran Transformasi Pertanian

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 



SERDANG, 10 Jun - Keterjaminan makanan merupakan agenda kritikal dalam pembangunan nasional yang melibatkan usaha untuk memastikan bekalan makanan mencukupi, berkhasiat dan berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.



Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam Alwi berkata, hasrat untuk transformasi sektor pertanian perlu mengambil kira hakikat bahawa masih ramai petani kecil yang kekurangan modal untuk melabur dalam teknologi moden.



“Kebanyakan petani-petani kita berada di tahap rendah dalam menguasai penggunaan teknologi kerana majoriti petani berumur 50 tahun keatas masih aktif dalam sektor pertanian demi kelangsungan hidup.



“Selain itu, kekurangan tenaga fizikal menyukarkan mereka untuk meningkatkan produktiviti serta menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertanian,” ujarnya dalam pembentangan di Persidangan Keterjaminan dan Sekuriti Makanan 2025 (PKMK2025) di Universiti Putra Malaysia (UPM).


Selain itu, petani yang tergolong dalam kelompok berpendapatan rendah atau tidak mampu, kekangan modal menjadi penghalang utama untuk mengakses teknologi moden dan input pertanian berkualiti.



Beliau menambah bahawa Jabatan Pertanian menggalakkan petani-petani untuk menghasilkan inovasi sendiri bagi mereka mengatasi masalah yang dihadapi.



“Pengiktirafan akan diberikan kepada mereka melalui program inovasi yang dianjurkan oleh pihak kami, dan inovasi tersebut boleh dimanfaatkan oleh petani lain yang kurang berkemampuan bagi membantu meningkatkan hasil serta pendapatan mereka.



“Kami juga menekankan pentingnya kolaborasi antara petani, pakar dan pihak agensi bagi memastikan inovasi tersebut relevan dan mampu memberi impak positif jangka panjang kepada komuniti pertanian,” katanya di PKMK2025 di UPM, hari ini.



Jabatan Pertanian sebagai agensi utama yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor ini dengan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi petani tradisional kepada petani moden.



Sementara itu, PKMK2025 anjuran UPM menghimpun seramai 686 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan industri bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian serta keterjaminan makanan negara.

WYGMDAt~