???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Program KARISMA Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UPM perkukuh peranan universiti dalam pembangunan negara

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Saleha Haron

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Program KARISMA Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat reaksi positif daripada pemimpin industri dan alumni dalam memperkasa peranan universiti dalam pembangunan negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, yang juga alumni UPM tahun 2002, berkata program ini sebagai wadah strategik buat pengurusan universiti untuk merangka hala tuju lebih dinamik dan berdaya saing.

 

“Ini adalah satu bentuk program yang penting bagi pengurusan universiti, terutamanya dalam usaha memacu pengurusan melihat masa depan kerana ia memang melangkaui jangkaan,” katanya.

 

Tambah beliau, universiti hari ini perlu menekankan aspek visibiliti universiti dalam masyarakat dan industri.

 

“Visibiliti sangat penting hari ini kerana universiti perlu menterjemahkan dapatan kajian kepada masyarakat serta fakulti di universiti boleh menyumbang kepada industri malah menjadi penanda aras kepada industri,” katanya.

 

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Noor Amin Ahmad, berkata penganjuran program tersebut yang disifatkannya sebagai usaha strategik UPM dalam menuju visi UPM 2050.

 

“Program ini merupakan proses yang baik untuk kepimpinan dan pentadbiran UPM berbincang serta memdapat persetujuan bersama dalam mencapai visi jangka panjang,” katanya.

 

Beliau yang juga alumni UPM tahun 2006 berkata, universiti mempunyai tanggungjawab besar dalam mengisi keperluan negara terutama dalam isu dasar-dasar semasa seperti peralihan tenaga dan sekuriti makanan.

 

“UPM tidak boleh merasa selesa dan perlu sentiasa berinteraksi dengan keperluan semasa dan memiliki prospektif masa depan khususnya dalam pengurusan sumber manusia dan lainnya dalam menyumbang kepada visi negara secara keseluruhan,” katanya.

 

Dalam pada itu, program tersebut dianjurkan UPM bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menghimpunkan ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta ahli pengurusan PTJ bagi memperkukuh kefahaman terhadap agenda pembangunan universiti, Visi UPM 2050 dan agenda negara

WYGBEAx~