?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Sejarah Lisan Pak Rashid: Satu Proses Dokumentasi Sejarah Berharga Cikgu Rashid

Oleh: Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 
Disunting oleh: Suziana Che Wil 

 

 

 

SHAH ALAM - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menemubual Tuan Haji Mohamed Ismail, alumni UPM tahun 1967, bagi merakamkan pengalaman beliau bersama Allahyarham Pak Rashid, tokoh pendidik yang banyak berjasa dalam membentuk generasi awal pelajar Kolej Pertanian Malaya (KPM).

 

Dalam sesi temu bual tersebut, Tuan Haji Mohamed berkongsi beberapa pesanan berharga yang pernah diterima daripada Allahyarham Pak Rashid semasa zaman pengajiannya. Antara yang masih segar di ingatan beliau ialah nasihat supaya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ketahanan diri, penampilan mahupun cara bertindak dalam menghadapi sesuatu situasi.

 

Menurut beliau, Pak Rashid turut menekankan bahawa disiplin merupakan asas kepada setiap kejayaan kerana ia mencerminkan tahap persediaan seseorang terhadap cabaran masa hadapan. Beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan berjalan laju melambangkan semangat, daya saing dan matlamat hidup yang jelas.

 

 

Tuan Haji Mohamed turut menitipkan pesanan kepada para pendidik UPM agar sentiasa bersama pelajar dalam proses pencurahan ilmu. Katanya, keberkesanan pendidikan bukan hanya datang daripada kata-kata, tetapi turut terpancar melalui akhlak, teladan dan sahsiah diri seorang guru sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allahyarham Pak Rashid dalam mendidik anak muridnya bukan sekadar memberi ilmu, tetapi membimbing tentang erti kehidupan sebenar.

 

Kesimpulannya, perkongsian ini menjadi satu rakaman penting dalam usaha menelusuri warisan kepimpinan pendidikan Allahyarham Pak Rashid yang terus meninggalkan legasi nilai dan prinsip luhur buat generasi UPM hari ini.

WYLQIAt~