?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Sumbangan Kit Klinikal RM 47,389.27 Bantu Pelajar B40 UPM Ikuti Latihan Klinikal

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad
Wartawan Pelatih
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM

 

 

 

 

 

 



Foto Oleh: Saleha Haron

 

 



SERDANG, 4 Julai- Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima sumbangan kit klinikal berjumlah RM47,389.27 daripada BE International Marketing Sdn. Bhd. bagi membantu 70 pelajar B40 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) menjalani latihan klinikal secara menyeluruh dan berkualiti.



“Sebagai sebahagian inisiatif CSR, sumbangan ini menunjukkan komitmen kami terhadap pendidikan kesihatan dan pembangunan pelajar berkeperluan,” kata Ketua Pejabat Presiden BE International, Ho Huey In.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Dekan FPSK, Prof. Dr. Normala Ibrahim berkata, inisiatif berterusan ini bukan sahaja membekalkan peralatan, malah menyuntik semangat dan keyakinan dalam kalangan pelajar.



“Bantuan seperti ini mampu memberi kesan besar dalam membina keyakinan pelajar, di samping memastikan mereka mendapat latihan klinikal yang menyeluruh dan berkualiti,” katanya.



Pelajar Tahun 2 Bacelor Kejururawatan, Nur Syamimi Suhada Rozami, berkata bantuan yang diterima sangat membantu melengkapkan keperluan latihan klinikal yang sebelum ini dibeli secara berperingkat kerana kekangan kewangan.



“Harga sebuah stetoskop sahaja boleh mencecah ratusan ringgit, belum termasuk peralatan lain yang keseluruhannya mampu mencecah sehingga RM1,000. Dengan penerimaan set lengkap ini, saya lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan lebih yakin menghadapi latihan klinikal,” katanya.



Turut hadir, Timbalan Dekan (Siswazah, JIM dan Penjanaan Pendapatan) FPSK, Prof. Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, Pegawai Kanan Fakulti dan wakil BE International Marketing Sdn. Bhd.



UPM menyasarkan untuk memperluas jaringan kerjasama strategik bersama sektor industri dalam menyokong pelajar berkeperluan selari dengan usaha melahirkan graduan profesional yang holistik dan prihatin terhadap masyarakat.

WYHHVAp~