???? | Universiti Putra Malaysia_OBÌåÓý

UPM CIPTA TEKNOLOGI SISTEM PEMANTAUAN IoT, BANTU CEGAH KEBAKARAN HUTAN TANAH GAMBUT

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris  

SERDANG, 25 Julai - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), menghasilkan inovasi sistem pemantauan IoT- Based Peatland Monitoring Data Analytics IoT bagi mencegah kebakaran tanah gambut.

Ketua penyelidik, Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan UPM berkata, sistem IoT akan dipasang di kedalaman enam kaki hutan paya gambut sebagai sensor yang akan memantau air dalam tanah (GWL) dan data berkenaan di hantar ke pelayan yang dikenali sebagai LoRa untuk mengukur kelembapan keadaan tanah.

“Teknologi ini dibangunkan dengan sistem IoT untuk mengoptimumkan pemantauan dan pengurusan alam sekitar dalam menyediakan komuniti pengurusan hutan agar lebih memahami ekosistem dan menganalisis data iklim yang terkumpul,” katanya.

Tambahnya, penubuhan stesen cuaca atau menara di dalam sistem ini pula bertindak sebagai sistem pencegahan amaran awal bagi mengesan kehadiran haba di kawasan paya gambut serta menjadi indikasi kepada zon merah.

“Di Malaysia sistem ini hanya di pasang di Hutan Paya Gambut Hutan Simpan Raja Musa sahaja. Amat baik sekiranya sistem ini boleh dipasang di semua hutan simpan paya gambut di negara ini bagi mengelakkan kebakaran berlaku,” katanya.

Prof. Ir. Dr. Aduwati berkata, sekiranya hutan-hutan paya bakau ini tidak dipantau akan menyebabkan kebakaran berlaku kerana hutan ini mudah untuk terbakar apabila kering dan mudah untuk merebak bahkan menimbulkan masalah jerebu.

“Didapati data keadaan air di dalam tanah adalah penting bagi memastikan proses pembasahan tanah gambut dapat dilakukan secara automatik di kawasan yang terjejas dan sistem itu memastikan tanah tersebut kekal lembap agar hutan tidak mudah terbakar,” katanya.

Selain itu, teknologi yang dibangunkan itu mesra kos kerana aksesnya iaitu LoRA adalah percuma selain menawarkan proses pemantauan yang teliti dan nyata dari segi masa, keberkesanannya dalam mengesan tahap pengeringan air yang terkandung di bawah tanah.

Teknologi IoT akan membantu sistem amaran kebakaran kepada komuniti setempat, terutamanya semasa musim kering yang diintegrasikan bersama sistem lain seperti Fire Danger Rating System (FDRS). -UPM

SYBHIAV~