???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM dan Uzbekistan Perkukuh Kerjasama Akademik dalam bidang Seni Bina dan Kewangan

 

TANJONG MALIM, 4 Februari – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Tashkent University of Architecture and Civil Engineering, Uzbekistan, menandatangani surat niat (LOI) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang seni bina dan kejuruteraan awam.

Perjanjian ini membuka peluang kepada kedua-dua institusi untuk berkongsi kepakaran dalam teknologi bangunan, pemuliharaan seni bina serta pengajaran dan pembelajaran, selain memperluas inisiatif penyelidikan bersama.


Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata bahawa kerjasama ini merupakan langkah strategik dalam mengukuhkan hubungan akademik antarabangsa.


“Kerjasama ini bukan sahaja menggalakkan pertukaran akademik dan penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan profesional dalam bidang seni bina dan kejuruteraan awam. UPM kekal komited dalam membina rangkaian global yang dapat memacu kecemerlangan dalam penyelidikan, pendidikan, dan inovasi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menghadiri Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.

Dalam pada itu, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM turut memperkukuh kerjasama akademik dengan Banking and Finance Academy of The Republic of Uzbekistan (BFA) bagi memperluaskan jaringan antarabangsa dalam bidang perbankan dan kewangan.


Tambahnya, langkah ini dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua institusi dalam membangunkan program akademik yang lebih inovatif dan berdaya saing di peringkat global.


''Kerjasama ini juga membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar kedua-dua universiti untuk terlibat dalam program mobiliti akademik, pertukaran staf, serta penganjuran seminar dan bengkel berkaitan seni bina dan kewangan. Inisiatif ini dijangka memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Uzbekistan serta melahirkan graduan yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa,'' ujarnya.

SYCGEAx~