???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM perkukuh jalinan global, terima kunjungan Duta Besar Uzbekistan

 

 

 

 

 

SERDANG, 15 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh jaringan antarabangsa apabila menerima kunjungan hormat delegasi Republik Uzbekistan yang diketuai oleh Duta Besarnya ke Malaysia, H.E. Dr. Karomoddin Gadoev bersama delegasinya semalam.  

 

Delegasi tersebut disambut oleh Naib Canselor UPM, Prof. Ir. Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Ariffin Abdu, Pengerusi UPM Holdings, Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Pengurus Besar UPM Education and Training (UPMET), Ts. Dr. Luthffi Idzhar Ismail. 

 

Prof. Ir. Dato’ Dr. Ahmad Farhan berkata, inisiatif ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Mewujudkan Hab Penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari dan Memperkasakan Pertanian Dan Ketahanan Sekuriti Makanan. 

 

“Ini adalah usaha universiti untuk memberi impak besar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan bukan sahaja di peringkat nasional malah turut mengukuhkan kedudukan UPM di pentas antarabangsa,” katanya. 

 

H.E. Dr. Karomoddin Gadoev berkata, kunjungan ini membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi. 

 

“Malaysia antara negara ke hadapan dalam aspek teknologi dan latihan pelajar universiti dan UPM merupakan contoh cemerlang dalam kemajuan pertanian moden. Saya percaya pelajar Uzbekistan berpeluang menimba pengalaman yang sangat berharga di sini,” katanya.

 

Dalam pada itu, antara fokus utama perbincangan ialah kolaborasi antara UPM Holdings dan Kedutaan Republik Uzbekistan yang bakal membuka peluang kepada pelajar Uzbekistan untuk menyambung pengajian di UPM selain memperkasa latihan kemahiran sejajar dengan keperluan industri global.

WYFQBA~