???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Teraju Pendidikan TVET Pertanian untuk Kelestarian dan Keterjaminan Makanan



SERDANG, 27 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mengorak langkah sebagai peneraju pendidikan pertanian apabila melancarkan Makmal Kecemerlangan TVET (Pendidikan Sains Pertanian) dan Bilik Darjah Pintar Seewo di Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), bersempena sambutan Hari TVET dan pembukaan rasmi Konvensyen TVET Negara 2025.

Pelancaran ini merupakan satu inisiatif strategik UPM dalam memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya sains pertanian, sejajar dengan tema konvensyen tahun ini, “TVET untuk Kelestarian dan Keterjaminan Makanan.”

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata penubuhan makmal dan bilik darjah pintar ini adalah lonjakan ke arah menjadikan UPM sebagai pusat rujukan utama pendidikan TVET pertanian di Malaysia.



“Makmal ini menyatukan pemikiran, idea dan inovasi dalam TVET serta menyediakan fasiliti pembelajaran berteknologi tinggi yang selari dengan keperluan industri masa kini dan masa hadapan. Ia dijangka memberi impak besar dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing dalam sektor agromakanan negara,” ujarnya.

Beliau berkata pembangunan ekosistem TVET yang mampan memerlukan kolaborasi strategik antara akademia, industri dan agensi kerajaan bagi memastikan program yang ditawarkan sentiasa relevan, responsif dan bersifat masa hadapan (future-proof).

Tambahnya, sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf global, UPM kekal komited memperkasakan TVET melalui penyelidikan berimpak tinggi, inovasi kurikulum, pembangunan modul latihan serta jaringan kerjasama industri yang meluas.



Pelancaran ini turut mencerminkan iltizam UPM dalam menyokong agenda pembangunan mampan negara dan usaha menjamin keterjaminan makanan melalui penghasilan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian moden dan berteknologi tinggi melalui pelan tindakan Blueprint Keterjaminan Makanan.

Konvensyen TVET Negara 2025 berlangsung dari 27 hingga 28 Mei 2025 akan merangka hala tuju baharu TVET nasional yang lebih mampan, menyeluruh dan berpaksikan masa hadapan.

WYFdEA~