???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Terap Pendigitalan dan AI dalam Keselamatan Pekerjaan

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad, Wartawan Pelatih Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM
Foto Oleh: MD Nasir Hussin

 

 

Serdang, 27 Mei — Sempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM (MKPP), Universiti Putra Malaysia menerapkan Pendigitalan dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hari ini.

 

Inisiatif ini diadakan dalam satu sesi perkongsian yang diadakan bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi membincangkan peranan teknologi dalam memperkukuh aspek keselamatan di tempat kerja.

 

Ketua Seksyen Siasatan dan Pendakwaan JKKP Selangor, Dr. Mokhtar Zamimi Ranjan berkata, penggunaan AI dan pendigitalan mampu memberi impak besar terhadap pengurusan OSH melalui pengesanan awal risiko, pengurangan kadar kemalangan serta pemantauan sistematik persekitaran kerja.

 

 

“Teknologi digital beroperasi 24 jam tanpa henti. Namun begitu, manusia tetap memainkan peranan utama dalam memastikan penggunaannya seimbang dan beretika. Teknologi memudahkan, tetapi manusia perlu mengawal,” katanya.

 

Sementara itu, wakil My Lab Scientific Sdn. Bhd., Datuk Ts. Is. Mohd Faiz Zulkifli berkata, kemajuan teknologi perlu disertai dengan amalan keselamatan yang konsisten serta disiplin dalam penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE).

 

 

“AI memang antara alat terbaik dalam pengurusan keselamatan, tetapi ia tidak boleh menggantikan peranan manusia sepenuhnya. Kita perlu empower with AI – teknologi sebagai pelengkap, bukan pengganti,” katanya.

 

Beliau turut menekankan konsep PPE: Perisai Terakhir – Pakai Salah, Padah Datang sebagai peringatan bahawa kecuaian asas masih menjadi punca utama kemalangan.

 

“Berdasarkan statistik 2023, kadar kemalangan di tempat kerja semakin meningkat, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Antara penyakit pekerjaan tertinggi ialah kehilangan pendengaran akibat pendedahan kepada bunyi bising berterusan,” katanya.

 

Program ini adalah usaha berterusan UPM dalam mendukung aspirasi Menjulang Kesohoran dan Memaknai True North UPM melalui inovasi, budaya kerja cemerlang, dan pemerkasaan kesejahteraan warga universiti sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.

WYFdDAa~