???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Meneruskan Legasi Ilmiah, Siri Syarahan IPSAS Angkat Kepimpinan Belia Berteraskan Keluarga

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad, Wartawan Pelatih Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM
Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

 

SERDANG, 15 Mei – Kepimpinan belia berasaskan nilai kekeluargaan menjadi inti utama 7th Distinguished Lecture Series on Youth Well-Being anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, hari ini.

 

Syarahan bertajuk “Keluarga dan Kepimpinan Belia: Warisan Nilai untuk Generasi Mendatang” disampaikan oleh Profesor Adjung IPSAS, Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang keluarga dan kepimpinan belia.

 

 

Beliau menegaskan bahawa nilai kekeluargaan bukan sekadar latar belakang, tetapi merupakan asas penting dalam melahirkan pemimpin belia yang berdaya tahan dan berakhlak.

 

“Kita tidak boleh membina kepimpinan belia tanpa asas keluarga yang kukuh. Keluarga adalah madrasah pertama yang mencorakkan nilai dan hala tuju anak muda,” katanya.

 

 

Selain itu, program yang diadakan bersempena sambutan Hari Belia ini turut mendapat kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) serta Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN).

 

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Haslinda Abdullah berkata syarahan ini bukan sekadar platform wacana, malah bukti komitmen IPSAS dalam memperkasa pembangunan sosial dan kesejahteraan belia secara berterusan.

 

 

“Belia bukan hanya pewaris, mereka adalah arkitek masa depan. Mereka yang merangka, mereka yang membentuk, dan mereka jugalah yang mencorakkannya,” katanya.

 

Dalam pada itu, penganjuran kali ini meneruskan legasi enam siri terdahulu yang telah menghimpunkan tokoh-tokoh berwibawa seperti DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak, YB Hannah Yeoh, Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, YB Puan Fadhlina Sidek dan Dato’ Sri Ir. Dr. Zaini Ujang.

WYFRHAo~