???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UCTC UPM perkenal fertigasi, beri pendedahan amali kepada murid sekolah

 

SERDANG, 13 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menganjurkan latihan asas penanaman fertigasi secara amali melibatkan 44 murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Aman Jaya, Kedah, baru-baru ini.

 

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pembangunan Agropreneur Muda yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian moden, khususnya teknologi fertigasi yang bakal diaplikasikan di sekolah masing-masing.

 

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin telah hadir merasmikan program tersebut bersama Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad.

 

Selain itu, seramai 10 orang pegawai UCTC, UPM turut menjayakan program tersebut sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang sesi berlangsung.

 

 

Ketua Seksyen, Bahagian Pengembangan Pertanian UCTC, UPM, Mahani Amat @ Halimi berkata, pendekatan praktikal dipilih bagi membolehkan peserta memahami konsep serta proses sebenar penanaman fertigasi dengan lebih berkesan.

 

“Kami tekankan pendekatan amali kerana ia lebih mudah difahami dan memberi pengalaman sebenar kepada pelajar,” katanya.

 

Tambah beliau, program ini disusun dalam lima modul utama yang merangkumi asas fertigasi, penyemaian, penyediaan media tanaman, pemindahan anak pokok, dan pembajaan. Modul ini direka khusus untuk memperkenalkan teknik pertanian moden secara praktikal.

 

 

“Pelajar berpeluang merasai sendiri proses penting seperti membancuh baja AB dan memindahkan anak pokok ke dalam polibeg. Ini memberi keyakinan serta menanam rasa tanggungjawab terhadap tanaman yang diusahakan,” katanya.

 

Mahani berkata, pendedahan awal kepada murid sekolah dapat mencetus minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menyemai cita-cita untuk menjadi agropreneur pada masa hadapan.

 

“Ilmu seperti ini bukan hanya relevan kepada petani, tetapi juga penting untuk generasi muda yang bakal mencorakkan landskap pertanian negara,” katanya.

WYFOCA~