?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Inovasi Pemprosesan Bahan Moden Dorong Transformasi Industri Peranti Perubatan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin





SERDANG, 14 November
 – Kemajuan pesat dalam teknologi pemprosesan bahan (machining) membuka dimensi baharu dalam penghasilan peranti perubatan, khususnya stent jantung yang digunakan dalam rawatan penyakit kardiovaskular.

Perkembangan ini dijangka meningkatkan aspek keselamatan, ketahanan serta keberkesanan rawatan bagi jutaan pesakit di seluruh dunia.

Selama beberapa dekad, industri pembuatan bergantung pada mesin tradisional seperti turning, milling dan drilling bagi menghasilkan komponen berketepatan tinggi.

Namun, keupayaan teknik konvensional ini terhad apabila melibatkan reka bentuk struktur kompleks. Kemajuan teknologi moden seperti laser machining, abrasive jet machining dan kaedah pembuatan aditif berasaskan laser (Selective Laser Melting, SLM) kini menjadi pemangkin penting kepada revolusi industri peranti perubatan.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ir. Hang Tuah Baharudin, berkata teknologi SLM memainkan peranan signifikan dalam penghasilan stent jantung generasi baharu kerana ia mampu menghasilkan struktur mesh atau lattice yang lebih halus, fleksibel dan serasi dengan saluran darah manusia.



Beliau berkata bahan cobalt-chromium-molybdenum (CoCrMo) yang digunakan dalam proses ini turut menawarkan kekuatan tinggi, ketahanan kakisan serta biokompatibiliti yang lebih baik.

“Dengan kombinasi SLM dan bahan CoCrMo, stent dapat direka mengikut bentuk anatomi pesakit. Ini bukan sahaja mengurangkan risiko penyumbatan semula, malah meningkatkan proses penyembuhan tisu,” katanya.

Industri perubatan juga menyaksikan perkembangan pesat dalam tiga bidang utama: penyesuaian dan personalisasi peranti perubatan, pembangunan bahan biokompatibel dan bio-fabrication, serta integrasi automasi dan robotik dalam pembuatan.

Penggunaan data perubatan seperti imbasan CT dan MRI membolehkan peranti direka bentuk khusus mengikut keperluan setiap pesakit. Pada masa sama, teknologi bioprinting pula dijangka membuka peluang baharu dalam penghasilan implan, tisu dan organ tiruan. Integrasi automasi dan robotik memberikan ketepatan lebih tinggi, mengurangkan ralat serta mempercepatkan pengeluaran peranti.

Beliau turut berkata, kombinasi teknologi moden ini bukan sahaja meningkatkan kualiti rawatan, malah memberi ruang lebih luas kepada inovasi dalam bidang perubatan.

“Perkembangan pesat dalam teknologi pemprosesan bahan dilihat berpotensi mengubah sepenuhnya landskap penghasilan peranti perubatan dan membawa manfaat besar kepada pesakit serta sistem kesihatan global,” katanya.

WYLRTA~