?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Pelajar UPM Tonjol Bakat Seni Pentas Melalui The Sound of Music

 

SERDANG, 30?Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui DoReMi Production mementaskan muzikal The Sound of Music di Auditorium Radin?Umar, Fakulti Kejuruteraan, sebagai projek akhir kursus BBL4401 Play Production and Performance Techniques bagi menilai kemahiran pelajar dalam produksi dan persembahan pentas, baru- baru ini.

 

Pementasan berdurasi dua jam ini menampilkan 16 pelakon termasuk tiga kanak?kanak serta mengetengahkan tema kekeluargaan melalui jalan cerita menyentuh emosi dan rangkaian lagu ikonik bertaraf antarabangsa.

 

Pensyarah kursus, Prof. Madya Dr. Arbaayah?Ali?Termizi, berkata karya itu dipilih kerana mesejnya bersifat universal dan berpotensi menguji kreativiti pelajar.

 

“Pemilihan pelakon dibuat melalui temu duga dan uji bakat terperinci bagi memastikan mereka benar?benar bersedia serta komited sepanjang latihan,” katanya.

 

Pelakon utama, Soniya, yang membawakan watak Maria berkata beliau menjiwai peranan tersebut kerana nilai kekeluargaan yang dibawa sangat dekat dengan dirinya.

 

“Maria menambat hati Kapten melalui cara beliau melayan anak-anaknya, dan nilai itu amat saya hargai dalam kehidupan sebenar,” katanya.

 

 

Pelakon watak Louisa, Adlina, memaklumkan barisan pelakon menjalani latihan intensif dua hingga tiga jam setiap hari, termasuk sesi kawalan pernafasan dan lontaran suara.

 

“Latihan berlari sambil menyanyi membantu kami mengekalkan stamina. Antara cabaran utama ialah apabila pelakon kanak-kanak terlupa skrip, namun kami belajar untuk menyesuaikan persembahan secara spontan bagi menutup kelemahan tersebut,” katanya.

 

Pengarah produksi, Syarah, berkata sesi latihan berlangsung selama dua bulan dengan tiga minggu awal dijalankan secara dalam talian sebelum diteruskan secara fizikal.

 

Dalam pada itu, pementasan The Sound of Music bukan sahaja mencungkil potensi pelajar dalam seni persembahan, malah meneguhkan mesej kekeluargaan dan keibubapaan yang relevan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

WYHLRAz~