?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

“UPMS bentuk jati diri saya” – Russell Tang, Graduan Diploma Terbaik

 

“UPMS bentuk jati diri saya” – Russell Tang, Graduan Diploma Terbaik

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

BINTULU, 1 November – “Pengalaman sepanjang pengajian di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bukan sahaja memperkaya ilmu saya, tetapi turut membentuk keperibadian dan jati diri,” kata Russell Tang Hsien Rhon, penerima Hadiah Yvonne Sing Sai Hoi (Graduan Diploma Terbaik) pada Majlis Konvokesyen UPM ke-49 Sidang 1 di sini, hari ini.

 

Russell, 21, graduan Diploma Sains Komputer dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), berkata pengiktirafan itu menjadi penghargaan tertinggi hasil usaha gigih sepanjang tempoh pengajian.

 

“Saya benar-benar terharu apabila dimaklumkan tentang penganugerahan ini. Ia mengiktiraf segala usaha dan pengorbanan saya sepanjang belajar di UPMS,” katanya.

 

Selain cemerlang dalam akademik, Russell turut aktif dalam kokurikulum. Beliau pernah menjuarai Sarawak State Championship bagi sukan Taekwondo pada tahun pertama pengajian serta memimpin program mobiliti dan komuniti pada tahun kedua.

 

“Setiap pengalaman di UPMS amat berharga. Ia bukan sekadar tentang ilmu di bilik kuliah, tetapi juga tentang disiplin, kepimpinan dan kekuatan diri,” ujarnya. Beliau turut menekankan bahawa program Sains Komputer di UPM sangat relevan dengan hala tuju negara ke arah Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital.

 

“Kurikulum yang ditawarkan menyeluruh dan praktikal apabila kita melangkah ke dunia pekerjaan. Dalam masa sama, elemen pertanian yang menjadi teras UPM memberi nilai tambah yang unik kepada semua pelajar,” katanya.

 

Russell turut menzahirkan penghargaan kepada para pensyarah yang membimbingnya, termasuk Dr. Juniza, Dr. Nadwa, Dr. Wan, Dr. Rosli, Dr. Aaliya, Dr. Koo dan Dr. Sharon, serta keluarga dan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan moral.

 

“Tidak mudah belajar jauh dari keluarga, apatah lagi menanggung rindu dan tekanan antara akademik serta aktiviti kokurikulum. Namun, setiap cabaran itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan membentuk siapa saya hari ini,” katanya.

Berasal dari Ipoh, Perak, Russell menimba pengalaman bekerja di sebuah syarikat multinasional (MNC) selama setahun selepas tamat diploma sebelum menyambung pengajian di peringkat Bacelor Sains Komputer di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM.

 

“UPMS banyak memberi ruang kepada saya untuk memimpin. Akademik itu penting, tetapi keupayaan berkomunikasi, bekerjasama dan memimpin orang lain adalah nilai sebenar yang membezakan kita di alam pekerjaan,” katanya.

 

Kini, Russell terus aktif dalam kepimpinan pelajar sebagai Majlis Perwakilan Fakulti (MPF) dan turut menjadi Fasilitator Minggu Perkasa Putra (MPP), membuktikan bahawa semangat kepimpinan dan khidmatnya kepada universiti tidak pernah pudar.

 

WYLCHAg~