?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Kemampanan dan Agensi Jadi Fokus Baharu Dasar Makanan Negara

Oleh: Nurin Amyra Amir Ahmad
Wartawan Pelatih
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM

Foto Oleh: Saleha Haron

 

 

 

 



SERDANG, 11 Jun- Sesi Plenari 6 bertajuk Isu dan Cabaran Pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara sempena Persidangan Keterjaminan dan Sekuriti Makanan 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi tumpuan kepada strategi memperkukuh dasar makanan negara dalam mendepani perubahan iklim, tekanan geopolitik dan gaya hidup rakyat yang berubah.

 

 

 

 

 



Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Shahril Faizal Abdul Jani berkata dasar keterjaminan makanan kini merangkumi enam komponen utama, dengan kemampanan dan agensi diperkenalkan sebagai elemen baharu.



“Kemampanan penting untuk kelangsungan sumber semula jadi, manakala agensi memastikan penyelarasan efektif antara pelbagai pihak,” katanya.



Menurutnya, isu keterjaminan makanan tidak lagi boleh dilihat secara terasing kerana ia berkait langsung dengan pelbagai trend mega yang memberi tekanan besar terhadap sistem makanan negara, antaranya pertumbuhan populasi, urbanisasi pesat, perubahan corak pemakanan serta impak perubahan iklim.



Shahril Faizal menambah ketegangan geopolitik turut menyumbang kepada lonjakan harga makanan global seperti gandum yang meningkat sebanyak 68 peratus dan jagung sebanyak 19 peratus, sekali gus memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat.



“Kita bukan sahaja berdepan isu rantaian bekalan, malah peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat akibat pengambilan daging import yang tinggi seperti lembu dan kambing serta gaya hidup yang tidak aktif,” katanya.



Sebagai langkah ke hadapan, beliau mencadangkan tiga strategi utama iaitu pemantapan data menerusi dapatan Banci Pertanian 2024, pembangunan Indikator Keterjaminan Makanan Negara dan pelaksanaan Blueprint Keterjaminan Makanan Negara 2030.



“Blueprint ini bukan dokumen biasa, ia pelan tindakan jangka panjang untuk mentransformasi sistem makanan negara agar bekalan kekal mencukupi, selamat dan bernutrisi dalam ekosistem yang mampan,” tambahnya.



Sementara itu, PKMK2025 anjuran UPM menghimpun seramai 686 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan industri bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian serta keterjaminan makanan negara.

WYGNCAp~