?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Anjur Mini Karnival Keusahawanan, Tingkatkan Kemahiran IKS Rimba Terjun

 

 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

SERDANG, 25 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) telah menganjurkan Mini Karnival Keusahawanan Mukim Rimba Terjun iaitu Program Salam Desa Pontian Siri 3: Tech4All Madani dengan memberi impak signifikan kepada komuniti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Rimba Terjun, Pontian.


Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 23 November itu melibatkan 30 pelajar UPM, dan 20 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran digital serta pengurusan produk.



Pengetua Kolej Tan Sri Aishah (KTAG), Dr. Daljit Singh Karam Singh berkata, pelajar diberi tanggungjawab untuk bekerjasama rapat dengan setiap pengusaha IKS bagi menghasilkan video promosi, poster produk serta kandungan kreatif yang lebih profesional dan menarik.


“Usaha ini bukan sahaja membantu menaikkan nilai komersial produk IKS, malah memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam bidang teknologi kreatif, pemasaran dan komunikasi.


“Pelajar juga turut diberi pendedahan menyeluruh mengenai dunia keusahawanan bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses penghasilan produk, pengurusan operasi sehingga strategi pemasaran,” ujarnya.

Tambah beliau, pengalaman ini membuka ruang kepada mereka untuk memahami cabaran sebenar yang dihadapi usahawan mikro serta mengasah kemahiran insaniah melalui kerja lapangan bersama komuniti.


“Program ini adalah satu pencapaian besar buat KTAG dan UPM kerana kita berjaya membuka ruang baharu untuk mengangkat produk komuniti ke platform universiti.

“Ini bukan sekadar program khidmat masyarakat, tetapi satu gerakan yang menyatukan kepakaran akademik, bakat pelajar dan keupayaan usahawan tempatan,” katanya.


Program ini turut memberi impak jangka panjang apabila KTAG, UPM merancang membawa produk-produk komuniti Rimba Terjun ke platform universiti untuk dipasarkan dan dipromosikan kepada warga kampus serta rangkaian strategik UPM.


Dalam pada itu, Salam Desa Pontian Siri 3: Tech4All Madani sekali lagi membuktikan bahawa kolaborasi antara universiti dan komuniti mampu mencetus perubahan bermakna, seiring agenda MADANI dalam memperkasa sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui pendidikan, teknologi dan pembangunan modal insan.

 

WYLbFAM~