???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Pelajar Pilih Pendidikan Sains Pertanian di UPM untuk Didik Generasi Baharu




SERDANG, 27 Mei
 – Dua pelajar Bachelor Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memilih program pengajian tersebut sebagai laluan kerjaya yang menawarkan gabungan ilmu pertanian dan pendidikan.

Mohamad Danial Hakim Yazid, 23, berasal dari Johor, berkata minat terhadap bidang pertanian mula timbul sejak kecil apabila beliau turun padang membantu datuknya memelihara kambing dan menguruskan ladang kelapa sawit di Johor.

Walaupun pada awalnya tidak berjaya menempatkan diri di Fakulti Pertanian, beliau tidak menjadikannya halangan, sebaliknya melihat program Pendidikan Sains Pertanian di Fakulti Pendidikan UPM sebagai platform terbaik untuk meneruskan minatnya.

“Di fakulti ini, kami bukan sahaja belajar pertanian, tetapi juga seni dalam pendidikan, jadi kami boleh ajar dan terus terlibat dalam bidang ini secara menyeluruh,” jelasnya.




Sementara itu, seorang lagi pelajar Bachelor Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pendidikan, UPM, Aida Mirza Hairul Nizam berkata, bidang ini memberi peluang kerjaya yang lebih luas, khususnya dalam sektor pendidikan.


“Saya nak jadi guru dalam bidang ini untuk tarik lebih ramai pelajar minat kepada pertanian. Bidang ini sangat penting, dan kita kena ubah persepsi bahawa pertanian bukan hanya untuk lelaki,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Menurutnya, kombinasi modul pendidikan dan pertanian memberi kelebihan kepada beliau yang akan memainkan peranan sebagai pendidik dan pengamal dalam sektor tersebut, " ujarnya.


UPM terus komited melahirkan pendidik berkualiti dalam bidang sains pertanian, selari dengan matlamat universiti untuk menyumbang kepada kemampanan keterjaminan makanan negara melalui pendidikan berkualiti.

WYFdFAk~