?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

PKMK2025 perkukuh jaringan agromakanan lestari antara universiti dan industri

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 11 Jun – Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 (PKMK2025) berjaya memperkukuh kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan pihak industri dalam memacu agenda agromakanan lestari negara.

 

Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Anjas Asmara @ Ab. Hadi Samsudin berkata, persidangan selama dua hari itu telah mencapai objektifnya dengan penyertaan 10 pembentang kertas kerja yang menyentuh pelbagai isu semasa berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan.

 

“Platform seperti ini amat dihargai oleh wakil-wakil kementerian kerana memberi ruang pertemuan langsung antara kerajaan, industri dan komuniti Pihak industri juga menyifatkan input yang dikongsikan kerajaan dapat membantu mereka merangka perancangan sejajar dengan dasar-dasar semasa,” katanya pada Majlis Penutup PKMK2025, hari ini.

 

Tambah beliau, persidangan itu akan menghasilkan satu kertas resolusi yang menyeluruh, merangkumi setiap slot perbincangan yang telah diadakan.

 

“Kertas resolusi itu dijangka akan diserahkan kepada Pejabat Naib Canselor UPM sebelum dibentangkan kepada pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Prof. Dr. Anjas berkata, persidangan itu turut memperoleh pelbagai input bermakna menerusi dua sesi forum utama.

 

“Forum pertama menumpukan kepada industri padi dan beras negara yang membuka perbincangan berkenaan cabaran-cabaran semasa sektor tersebut.

 

“Bagi forum kedua membincangkan amalan kelestarian dalam pertanian negar, dengan penekanan kepada peranan akademia, industri dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memacu pertanian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat,” katanya

 

“Kita ingin melihat bagaimana UPM sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan strategik dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara bersama KPKM,” katanya.

 

Dalam pada itu, Majlis Penutup PKMK2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

 

Penganjuran PKMK2025 memperkukuh penjenamaan UPM sebagai pusat rujukan utama dalam bidang inovasi keterjaminan makanan, perladangan lestari dan pengembangan pertanian tropika serta menyumbang ke arah pembentukan sistem agromakanan negara yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat global.

WYGNGAP~