?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Raih Naib Johan Anugerah Tenaga ASEAN 2025




KUALA LUMPUR, 16 Oktober
– Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih Naib Johan (1st Runner-up) bagi kategori On Grid - Self-Consumption pada Anugerah Tenaga ASEAN (ASEAN Energy Awards, AEA 2025) sempena 43rd ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) dan 25th ASEAN Energy Business Forum (AEBF-25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata, kemenangan ini diperoleh melalui projek bertajuk “Advancing Renewable Energy and Sustainability through SURIA16: A Megascale Rooftop Solar PV Project at Universiti Putra Malaysia” atau SURIA16, yang dibangunkan oleh Fakulti Kejuruteraan UPM.

“Projek ini menampilkan sistem solar atas bumbung berskala besar serta teknologi Large Scale Integrated Hydroponic-Aquavoltaic Systems (IHAS) yang dikenali sebagai Floating Solar & Walkway. Gabungan ini menjadikan SURIA16 antara inisiatif tenaga boleh baharu terbesar di institusi pendidikan tinggi negara.

“SURIA16 telah menerima pengiktirafan di peringkat ASEAN dan memperkukuh kedudukan UPM sebagai universiti peneraju dalam inovasi tenaga lestari,” katanya.




Beliau berkata, kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan UPM terhadap kelestarian tenaga dan kesejahteraan alam sekitar melalui penyelidikan serta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, SURIA16 sebelum ini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dua anugerah di Majlis Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA 2025) dan pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBoR) pada tahun lalu.

UPM sentiasa komited terhadap usaha penjagaan alam sekitar melalui konsep Kesihatan Planet (Planetary Health) yang menjadi teras kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Sebagai The Green Campus, UPM akan terus menerajui inisiatif tenaga boleh baharu dan kelestarian di peringkat nasional serta antarabangsa.

WYKSBAl~