???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM terima kunjungan Presiden Guinea-Bissau, bincang kerjasama bioteknologi dalam pertanian dan perikanan


 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 4 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden Guinea-Bissau, TYT General Umaro Mokhtar Sissoco Embalo, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan bioteknologi khususnya dalam bidang pertanian dan perikanan.

 

Kunjungan itu disambut oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah bersama Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM, Prof. Madya Dr. Dahlia Zawawi.

 

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama masa depan yang merangkumi penyelidikan, inovasi serta pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan perikanan.

 

Selain itu, TYT General Umaro Mokhtar Sissoco Embalo turut melawat reruai Putra Science Park (PSP) dan diberi penerangan oleh Pengarah PSP, Prof. Dr. Samsilah Roslan, berkenaan hasil penyelidikan pelbagai bidang oleh pasukan penyelidik UPM.

 

Beliau turut melawat reruai Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian dan diberi penerangan oleh Ketua Jabatan, Prof. Dr. Natrah Fatin Mohd Ikhsan mengenai bidang serta teknologi akuakultur.

 

Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan berkata , pertemuan tersebut memberi ruang kepada universiti untuk memahami hasrat dan keperluan Guinea-Bissau dalam membangunkan kapasiti negara mereka khususnya melalui pendidikan tinggi dan pembangunan sumber manusia.

 

“Guinea-Bissau merupakan sebuah negara yang ekonominya berasaskan pertanian dan mereka berminat untuk menghantar pelajar ke UPM terutamanya dalam bidang agrobioteknologi, pertanian serta perubatan veterinar yang kini menjadi keperluan kritikal di negara mereka,” katanya.

 

Tambah beliau, negara tersebut masih kekurangan tenaga kerja mahir dan memerlukan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UPM untuk memacu pembangunan kapasiti.

 

“Kita melihat ini sebagai peluang untuk universiti menyumbang kepada pembangunan negara khususnya di benua Afrika yang jarang diberi tumpuan sebagai rakan strategik pendidikan,” katanya.

WYGGXAU~