???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM Teroka Kerjasama Bersama Yayasan Pahang dalam Bidang Pertanian dan Ekonomi

 

SERDANG, 5 Jun - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Pahang (YP) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Indera Mahmud Mohd Nawawi, di UPM Serdang, hari ini.

 

Pertemuan ini membincangkan potensi kerjasama strategik antara UPM dan YP dalam bidang agropreneur, akuakultur, pemantauan pergerakan gajah serta pembangunan tapak semaian.

 

Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan berkata, cadangan kolaborasi yang diketengahkan selari dengan bidang keutamaan UPM, khususnya dalam bidang pertanian dan inovasi berasaskan komuniti.

 

 

"UPM mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai projek agro yang berjaya dan juga melalui cabaran. Banyak model yang telah kami bangunkan boleh diterokai bersama demi manfaat kolektif," katanya.

 

Dato' Indera Mahmud berkata, Yayasan Pahang memberi fokus kepada pendidikan, komuniti dan ekonomi, serta bersedia menjalinkan kolaborasi dalam sektor ekonomi melalui tiga entiti utama iaitu YP Hevea Sdn. Bhd., YP Plantation Holdings dan YP Advanced Skills.

 

"Antara projek yang menjadi kebanggaan kami termasuklah tanaman nanas, Napier, rock melon dan pisang. Kami berharap kerjasama ini dapat membuka peluang kepada belia untuk terlibat dalam sektor ekonomi secara lebih aktif dan berimpak," katanya.

 

 

UPM pernah menjalinkan kerjasama dengan World Wide Fund for Nature (WWF) dalam pemantauan gajah dan bersedia meneroka keperluan semasa melalui kepakaran Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dan Fakulti Perubatan Veterinar.

 

Dalam pada itu, kunjungan ini menjadi pemula kepada jalinan kerjasama strategik antara UPM dan Yayasan Pahang, dengan perbincangan susulan akan digerakkan menerusi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta INTROP bagi menyelaras potensi kolaborasi.

 

Turut hadir Pengarah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan dan Pengarah Putra Science Park (PSP), Prof. Dr. Samsilah Roslan.

WYGHHAL~