?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM tuan rumah International Research Seminar Malaysia-Japan Future Sustainability Summit 2024, pupuk usaha kolaboratif inisiatif kelestarian hijau

SERDANG, 18 Sept – Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah International Research Seminar Malaysia-Japan Future Sustainability Summit 2024, baru-baru ini.

 

Seminar dengan kerjasama Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia telah menghimpunkan 90 peserta dari enam universiti luar dari Jepun dan Amerika Syarikat, lima universiti tempatan serta wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof Dr Ismi Arif Ismail berkata penganjuran seminar ini adalah adalah sejajar dengan hasrat inisiatif kelestarain hijau universiti bagi memupuk usaha kolaboratif menyumbang kepada permasalah kelestarian masa kini.

 

“Ini adalah untuk menyokong agenda kelestarian peringkat nasional dan global yang perlu dipandang serius dan peranan ahli akadmeik adalah amat signifikan dalam perkongsian ilmu berimpak tinggi merentas disiplin,” katanya.

 

Pengerusi seminar, Dr. Muhammad Daaniyall Abd Rahman berharap melalui seminar ini akan meningkatkan hasil penyelidikan berkaitan analisis kelestarian bagi membendung implikai ekonomi, sosial dan alam sekitar yang memberi kesan kepada masyarakat.

 

“Ini akan membuktikan kepentingan penggunaan kaedah kuantitatif antara sektor, terutamanya yang menggunakan kaedah ekonomi input-output yang boleh digunakan untuk menangani permasalahan kelestarian untuk kestabilan ekonomi negara,” katanya.

 

 Dalam pada itu, seminar tersebut menampilkan pembentangan 27 kertas penyelidikan, yang memberi tumpuan kepada kaedah kuantitatif untuk menilai impak kelestarian alam sekitar.

 

Selain itu, 26 pembentangan poster oleh pelajar pascasiswazah dan prasiswazah dari universiti Jepun dan tempatan,

 

Empat penceramah ucaptama yang terkenal turut berkongsi pandangan mereka antaranya Prof Dr Shigemi Kagawa dari Universiti Kyushu, Prof Dr Shaufique Fahmi Ahmad Sidique dari Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari dari Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, UAE, serta Prof Dr Sangwon Suh dari University of California, Santa Barbara.

 

SXJTNAK~