?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

1,927 Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Terima Pentauliahan




SERDANG, 13 Sept – Seramai 1,927 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) daripada 20 Universiti Awam (UA) seluruh negara telah ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) ke-43 di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.


Istiadat penuh bersejarah ini disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang turut berkenan menyampaikan titah diraja kepada para pegawai kadet yang ditauliahkan.


Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, serta Naib Canselor UPM, Kolonel Kehormat Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.


Istiadat perbarisan diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Hanif Mohd Bakhtiar dari PALAPES Universiti Teknologi MARA (UiTM).





Dalam titah baginda, Tengku Amir Shah menzahirkan bahawa pentauliahan ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan peribadi para pegawai muda, malah menjadi permulaan kepada amanah besar sebagai pemimpin masyarakat dan perwira simpanan negara.


“Beta berharap ilmu asas ketenteraan yang diperoleh sepanjang latihan akan membentuk anda sebagai warganegara berdisiplin, berjiwa kesateria dan cintakan tanah air. Dengan semangat ini, negara berupaya melahirkan modal insan yang mampu menyumbang kepada pertahanan negara sebagai pegawai muda sukarela yang profesional dan kompeten,” titah baginda.





"Melalui konsep ini, sudah pasti negara ini akan dapat melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada pertahanan negara sebagai pegawai muda sukarela yang profesional dan kompeten.


“Sehubungan itu, mereka seharusnya merasa bangga dan hendaklah meneruskan kesinambungan usaha bagi melengkapkan diri untuk menjadi rakyat yang boleh menyumbang kepada keamanan negara serta mempertahankan negara daripada anasir-anasir yang tidak diingini," titah baginda.



Selesai perbarisan, baginda turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada semua pegawai di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAS) UPM, sebelum diikuti dengan bacaan Ikrar Taat Setia Perwira.


Mereka terdiri daripada 1098 Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW), 431 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 398 Pegawai Muda di dalam PasukanSimpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

WYJOFA2~