???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

Kampus Satelit UPM, buka peluang dalam Mobiliti Pelajar dan Penyediaan Pendidikan Global

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

SERDANG, 4 Februari - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalinkan kerjasama dengan Shandong Women’s University (SDWU), China, melalui Memorandum Persefahaman (MoU), bagi penubuhan kampus satelit untuk membuka peluang baharu dalam akademik dan penyelidikan baru-baru ini.

 

 

MoU in bertujuan untuk memperluas jaringan akademik antara UPM dan SDWU, terutamanya dalam bidang komunikasi dan bahasa bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman pendidikan antarabangsa.

 

 

 

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM,  Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, kerjasama ini merupakan langkah proaktif UPM untuk terus memperluas rangkaian antarabangsa dan memperkukuh kedudukan universiti di peringkat global.

 

 

“Saya yakin kolaborasi ini akan membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang serta menggalakkan pertukaran budaya yang lebih luas antara Malaysia dan China.

 

 

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM,  Prof. Madya Dr. Hazlina berkata, penubuhan kampus satelit ini bukan sahaja memperkaya program pendidikan UPM, tetapi bantu menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dalam persekitaran pendidikan yang berbeza dari segi budaya dan sistem pembelajaran.

 

 

Pelajar berpeluang memahami pelbagai pendekatan dalam komunikasi dan bahasa yang digunakan di negara lain supaya menjadi nilai tambah kepada kemahiran serta pengetahuan mereka.

 

 

“Selain itu, kerjasama ini juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai sistem pendidikan di negara lain dalam memperluaskan wawasan akademik dan profesional mereka,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, penubuhan kampus satelit itu mampu memberi manfaat dalam usaha UPM untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik global yang sedang berkembang pesat serta berdaya saing dalam sektor pendidikan tinggi.

 

 

SYCGAAz~