?? | Universiti Putra Malaysia_OBÌåÓý

UPM rangka pelan pelaksanaan AI, libatkan gergasi teknologi bagi bangunkan ekosistem digital kampus

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

 

SERDANG, 9 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) kini sedang membangunkan pelan pra pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh kecekapan perkhidmatan, operasi dan pembelajaran digital universiti.

 

Usaha itu dipacu melalui sesi libat urus bersama syarikat teknologi utama seperti CelcomDigi, Evopoint, Microsoft dan Awantec Systems Sdn. Bhd

 

Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Inovasi ICT), iDEC, Dr. Mohd Hafeez Osman, berkata kerjasama strategik dengan pemain industri amat penting bagi memastikan UPM memilih teknologi yang tepat serta selari dengan hala tuju transformasi digital universiti.

 

“Penyertaan big player ini membantu kita menilai keperluan sebenar dan melihat potensi teknologi AI yang boleh diadaptasi di UPM. Mereka lebih memahami produk-produk yang sesuai dengan ekosistem kita,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Bulan Digital UPM 2025.

 

Tambah beliau, iDEC kini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran warga kampus tentang peranan AI dalam mempercepatkan proses kerja dan mengurangkan beban tugas.

 

Antara aplikasi yang telah diterapkan termasuk penghasilan minit mesyuarat secara automatik melalui rakaman digital serta penyediaan video ringkas yang sebelum ini mengambil masa sehingga dua hari, namun kini dapat disiapkan dalam masa kurang 30 minit.

 

“Kita mahu warga UPM memahami kelebihan dan kekurangan AI supaya mereka dapat menggunakannya dengan betul dan optimum,” katanya.

 

Beliau turut menegaskan AI tidak menggantikan manusia, sebaliknya membantu menangani kekurangan sumber tenaga kerja dan merasionalisasi tugasan.

 

Menyentuh penggunaan AI dalam pembelajaran, Dr. Hafeez berkata pelajar kini boleh memanfaatkan NotebookLM untuk menjadikan bahan pengajian lebih dinamik dan interaktif.

 

“Pelajar boleh memuat naik buku atau nota, kemudian berinteraksi dengannya melalui fungsi chat, menghasilkan podcast ringkas dan mendapatkan penjelasan secara peribadi,” katanya.

 

Dalam majlis sama, Dr. Hafeez turut bertindak sebagai moderator bagi Forum Towards Adaptive AI Ecosystem yang menampilkan pakar industri dan akademia, antaranya Chief Technology Specialist Evopoint Sdn. Bhd., Kalvin Chua, Senior Specialist Metaversity CelcomDigi Berhad, Devtar Singh, Senior Manager Analytics & AI Awantec Systems Sdn. Bhd., Iqmal Irsyad Mohamed Fuad serta Pelajar Pasca Siswazah UPM, Amran Salleh.

 

Forum itu membincangkan usaha membangunkan ekosistem AI yang fleksibel, responsif dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta cabaran masa depan, mengikut perubahan persekitaran, keperluan penggunaan teknologi dan cabaran masa depan.

FYMNBAX~