???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM anjur Seminar Carbon Credit dan ESG Perkasa Kelestarian Alam Sekitar

Oleh : Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 16 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah mengadakan program seminar ‘Carbon Credit and ESG Ecosystem’ bagi membincangkan serta memberi pendekatan berkesan dalam menangani isu perubahan iklim.

 

Program ini bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan memberi pendedahan mengenai konsep kredit karbon bagi menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon.

 

Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, UPM akan memastikan sistem akademik dan penyelidikan selari dengan penglibatan komuniti, demi menyumbang secara bermakna kepada negara dan dunia.

 

“Tahun ini, kami telah memulakan usaha kami dengan pelan tindakan kedua yang merangkumi aspek penjagaan planet, selaras dengan acara penting ini.



“Saya gembira melihat ramai pemain industri hadir di sini, dan saya yakin bahawa kerjasama ini dapat memupuk masa depan baik,” katanya.



Penasihat Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Tan Yew Chong berkata, pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar, sangat penting untuk membina sistem yang saling menyokong antara satu sama lain.



“Kelestarian alam sekitar bukanlah sesuatu yang perlu dibiar, dan mekanisme penetapan harga karbon bukanlah strategi yang terasing, malah ia adalah alat penting dalam mendorong peralihan ESG,” katanya.

 

Sementara itu, Dato’ Prof. Dr. H’ng Paik San, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM telah mengenengahkan prinsip 5C dalam perubahan iklim bagi memastikan tindakan yang diambil bersifat holistik dan bersepadu, dengan menyeimbangkan antara perlindungan alam sekitar, pembangunan ekonomi, dan kesejahteraan sosial.

 

“Perubahan iklim kebanyakannya didorong oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan.

 

“Kesedaran dan pengetahuan tentang perubahan iklim amat penting agar masyarakat dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan lestari.

 

“Gabungan prinsip ESG boleh memberi kesedaran dengan memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem pertanian yang lebih lestari serta menyokong keadilan sosial, pemeliharaan biodiversiti dan daya tahan ekonomi luar bandar,” ujarnya.

 

Seminar ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap ESG dan kredit karbon, malah berperanan sebagai platform pemindahan ilmu daripada akademia kepada industri.

WYFUAAz~