?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM bolot tujuh anugerah INTARG 17 di Poland

POLAND, 28 Mei - Empat projek inovasi mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di 17th International Invention and Innovation Show (INTARG 17) yang telah diadakan di Katowice International Congress Centre, Poland, baru-baru ini.

 

Projek inovasi sosial bertajuk ‘e-Rodong: A Mobile App Fostering Peer Support for Shared Wellbeing’ oleh pelajar Doktor Falsafah (PhD), Mohd Ziyad Afiq Mohd Zaharim, telah meraih tiga anugerah iaitu Pingat Platinum, Pingat Emas, dan Pingat Perak.

 

Mohd Ziyad Afiq berkata kejayaan mahasiswa UPM di persada antarabangsa telah membuktikan pemerkasaan akademik dan penyelidikan melalui penglibatan holistik pelajar serta pensyarah dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari mereka.

 

Sementara itu, projek ‘Pertanian Tanpa Cangkul’ ciptaan pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Adibnur Faaezah Abd Razak, berjaya memperoleh dua anugerah iaitu Pingat Emas dan Pingat Inovasi Terbaik yang telah dianugerahkan oleh The First Institute of Researchers and Inventors in Iran.

 

Projek pelajar Bacelor Sains Pengurusan Perladangan, Fakulti Pertanian, Muhammad Ikram Marozan melalui inovasi ‘Extending Cassava Shelf Life through Tapai Maromaro under Fermentation: A Sustainable Food Innovation for Malaysian Markets’ berjaya meraih pingat perak.

 

Turut mendapat pingat Perak ialah inovasi ‘Securing Web Application: Detecting and Mitigating Second Order SQL Injection with Prepared Statements’ oleh pelajar PhD Ts. Rohana Mydin.

 

INTARG merupakan sebuah pertandingan reka cipta antarabangsa dan pameran inovasi yang mengetengahkan teknologi baharu, produk, perkhidmatan, serta solusi untuk industri, sosial, persekitaran, kesihatan, ubat-ubatan, dan kehidupan harian. -UPM

SXJIKAu~