???? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM, QL Corporate Services Sdn. Bhd Meterai Perjanjian Tingkat Inovasi dan Pembangunan Modal Insan.

 

SERDANG, 13 Januari- Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama QL Corporate Services Sdn. Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memberi pendedahan ilmu teknologi moden industri peternakan ayam penelur.

 

Melalui kerjasama ini, QL Corporate Services Sdn. Bhd. Menyediakan fasiliti sistem kawalan suhu dan kelembapan sekaligus memperkasakan aktiviti penyelidikan dan inovasi universiti.

 

 

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin, berkata inisiatif jalinan strategik ini sebagai medium perkongsian sekaligus menyokong kepada pembangunan modal insan yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, teknologi dan inovasi terkini.

 

“Sinergi ini merupakan langkah tepat kerana universiti mempunyai tenaga pakar dalam pelbagai bidang akan memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah serta warga universiti untuk menerokai ilmu dalam bidang berkenaan,” katanya.

 

 

Dekan Fakulti Pertanian, (UPM), Prof. Dr. Loh Teck Chwen berkata, jalinan kerjasama ini bukan sahaja memfokuskan kepada peluang penyelidikan, malah turut memberikan pendedahan khusus dalam industri tersebut.

 

“Dengan adanya kerjasama ini maka sumbangan dari aspek fasiliti ini akan memberi nilai tambah kepada pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran  dalam perkembangan teknologi peneluran serta pengeluaran produk berkenaan,” katanya.

 

 

Selain itu, penggunaan teknologi sistem kawalan suhu dan kelembapan dalam reban ayam moden ini bukan sahaja meningkatkan hasil pengeluaran, malah meningkatkan pendedahan dari segi aspek akademik, penyelidikan, keterjaminan sumber komuniti.

 

Dalam pada itu, kerjasama ini selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk melahirkan graduan berdaya tahan bagi mendepani cabaran mendatang serta Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari.

SYCLOA4~