?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM terima lawatan PPKI, perkasa ilmu pertanian moden

 

SERDANG, 2 Julai - Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Seri Tanjong, Johor baru-baru ini bagi memperkasakan ilmu dan kemahiran pertanian moden.

 

Lawatan dua hari ini yang disertai oleh 35 murid dan guru pengiring bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas terhadap bidang pertanian moden serta memupuk kemahiran vokasional dan sosial melalui pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.

 

Sebanyak empat sesi pembelajaran interaktif telah dijalankan melibatkan pengenalan kepada teknologi fertigasi di Unit Melon, penjagaan haiwan di Unit Rusa, teknik tanaman tanpa tanah di Unit Hidroponik serta penghasilan baja organik di Unit Kompos, dengan bimbingan 12 pegawai PPP.

 

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan, Ts. Dr. How Shwu Pyng berkata, fasiliti dan pendekatan pembelajaran yang disediakan UPM dapat dimanfaatkan untuk menyokong proses pendidikan murid PPKI secara lebih sistematik.

 

“Lawatan seperti ini membantu guru dalam membuat penilaian mengikut silibus sebenar serta  membina keyakinan dan kemahiran sosial murid melalui pengalaman pembelajaran yang autentik,” katanya.

 

Guru pengiring, Maisura M. Yusop, berkata  program ini memberi nilai tambah  dalam membangunkan potensi murid pendidikan khas.

 

“Pendekatan adaptif yang disediakan PPP memberi ruang murid belajar mengikut kemampuan sendiri sekali gus meningkatkan motivasi mereka untuk terus maju,” katanya.

 

Sementara itu, peserta PPKI, Mohamad Rifqi Asyraf Abd. Rahman berkata, modul hidroponik sebagai pendorong minatnya terhadap pertanian moden.

 

“Saya kini faham proses tanaman tanpa tanah dan bercadang mempraktikkannya di rumah sebagai projek kendiri,” katanya.

 

Dalam pada itu, program ini turut membuka ruang kerjasama jangka panjang antara UPM dan sekolah menengah pendidikan khas dalam memperkasa pendekatan pembelajaran holistik dan inklusif.

WYHVXAr~