?? | Universiti Putra Malaysia_OB体育

UPM meterai LOI bersama tiga universiti Afrika, perkukuh jalinan pendidikan serantau

 

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 4 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkasa agenda pengantarabangsaan apabila menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan tiga institusi pendidikan tinggi terkemuka Afrika, iaitu University of Nairobi (Kenya), Technical University of Kenya, dan Mogadishu University (Somalia), baru- baru ini.

 

Majlis pemeteraian ini berlangsung bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kenya pada 18 hngga 24 November lalu telah membuka lembaran baharu hubungan akademik Malaysia–Afrika.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, berkata pemeteraian LOI ini menandakan komitmen UPM untuk terus meneroka potensi kerjasama rentas benua, khususnya dalam memperluas akses pendidikan berkualiti dan memacu penyelidikan global yang memberi manfaat bersama.

 

“Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh jaringan akademik global UPM melalui pelaksanaan program penyelidikan bersama, mobiliti pelajar dan pensyarah, pertukaran kepakaran serta inisiatif pembangunan kapasiti dalam bidang-bidang teras seperti pertanian, kejuruteraan, teknologi maklumat, sains sosial dan inovasi berimpak,” katanya.

 

Tambah beliau, hubungan akademik dengan universiti-universiti di Kenya dan Somalia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan UPM sebagai universiti berprestij di rantau ini, malah menyokong aspirasi Malaysia untuk meningkatkan kehadiran dan pengaruh pendidikan tinggi negara di peringkat global.

 

“UPM kini berada pada landasan kukuh untuk menerajui kerjasama akademik Malaysia–Afrika, seiring visi universiti untuk menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi bertaraf dunia,” katanya.

 

Turut hadir, Pengarah iPUTRA, Prof. Dr. Alyani Ismail, Timbalan Pengarah iPUTRA, Shahriah Membar.

WYMIXAy~